Banyak peristiwa tidak masuk akal terjadi di sekitar kita, namun lima kejadian ini bakal membuat anda ternganga serta berkata bagaimana ia boleh terjadi. Ternyata lima perkara pelik ini benar-benar berlaku, seperti kembar tiga tapi berjarak umur hingga 11 tahun atau sekelompok tentera Taliban melatih kera untuk menggunakan senjata bahkan senapang AK-47.
Dinyatakan dari listsverse.com, peristiwa aneh dan unik ini berlangsung di luar akal sihat manusia pada umumnya. Kejadian ini pernah terheboh di seluruh dunia? Berikut ulasannya.
1. Kembar tiga yang berjarak usia 11 tahun
Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.
Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu.
Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.
2. Tertembak di kepala dan baru tahu lima tahun kemudian
Seorang lelaki Jerman tidak disebutkan namanya ternyata tidak mengetahui jika dia telah tertembak di kepala pada malam tahun baru 2004 sebab sangat mabuk.
Lelaki itu baru menyedari sebuah peluru kaliber 0,22 tertanam di kepala pada 2009. Itu pun secara tidak sengaja saat dirinya pergi ke doktor dengan keluhan perut sakit.
Dia mengakui pada malam itu seperti terhentam benda berat di kepala. Namun dia fikir bukan sesuatu yang sakit.
3. Taliban latih kera dengan AK-47
Kelompok tentera Taliban di Afghanistan telah menciptakan sepasukan mujahidin monyet. Para kera dan baboon ini dilatih dengan menggunakan senapang serbu AK-47 untuk menembak tentera Amerika Syarikat pada 2010.
Kejadian ini membuat banyak pihak bengong. Bahkan Perundingan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) turut mengikuti menyelidiki kes ini.
4. Bayi selamat selepas terjatuh dari tingkat tujuh
Seorang bayi perempuan 15 bulan tidak disebutkan namanya selamat ketika terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah Apartment. Dia beruntung kerana seorang lelaki dengan laju menangkapnya.
Bayi asal Ibu Kota Paris, Prancis, itu bermain dekat dengan jendela tanpa pengawasan sesiapa. Ketika dia jatuh lelaki yang menangkapnya melihat lalu berlari secepat kilat menyambar budak itu. Masa di sekitar tempat kejadian mengatakan lelaki itu adalah pemain rugby, permainan bola asal Amerika Syarikat.
5. Pramugara berhenti kerja saat pesawat ada di udara
Aksi ini sungguh aneh tapi benar-benar terjadi. Lelaki bernama Steven Slater berprofesional sebagai pramugara pesawat JetBlue melayani penerbangan antara negara bahagian di Amerika Syarikat memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya justeru di saat kapal terbang itu sedang berlepas.
Steven asal Kota Pittsburgh, Negara Bahagian Pennsylvania, membuka pintu darurat dan terjun terus menggunakan peluncur. Dia berhenti bekerja lantaran bertengkar dengan salah satu penumpang. Sebelum melakukan aksinya, dia terlebih dahulu mengambil pembesar suara dan memaki-maki penumpang tersebut.
Berita nombor dua tu mcm pelesu aje...kat Afghanistan mana ada baboon....
Yang kelima pasal pramugara tu..peristiwa bukan masa pesawat di udara..kang ada masalah decompression. pesawat tu dah mendarat dan sedang bergerak menuju terminal. Last edited by alphawolf on 12-1-2014 02:48 PM
heehe bab no 5 tue la tak la suprise sgt peliknya.... tapi kalau pilot kapal terbang yg letak jawatan masa tgh bertugas itu memang aneh dan bahaya hehee
myridz posted on 13-1-2014 04:00 PM
heehe bab no 5 tue la tak la suprise sgt peliknya.... tapi kalau pilot kapal terbang yg letak jawata ...
Kat Air Crash Investigation. Ada satu kes mamat FedEx ni nak kena buang kerja. jadi nak balas dendam dia rampas pesawat yang dia sendiri jadi crew dengan tujuan nak hempaskan kat HQ FedEx...tapi krew lain dapat tahan dia....
spiderman80 posted on 12-1-2014 05:20 PM
Yang aku pelik napa macai ingat duit kerajaan yang datang dari rakyat adalah duit milik UMNO.
...
siap ada makcik kat umh mak aku cakap kalau undi pas "takkan garam dan gula nak buat sendiri" sbb dia ingat garam dan gula tu umno yg ciptA.. nk pecah perut aku
siti_kus posted on 14-1-2014 09:19 PM
Takut nya ajar binatang pki pistol.. Bkn ada akal nnt dia tembak ntah sapa2.
Masa PD2, tentera Soviet ada ajar anjing untuk jadi pembawa bahan letupan/periuk api anti tank. Anjing tu di ajar supaya lari ke arah dan menyorok di bawah kereta kebal Jerman. Bahan letupan diikat kat badan anjing, beserta contact fuse berbentuk aerial. Bila anjing tu nak menyorok bawh tank, fuse tadi terkena badan tank menyebabkan letupan di bahagian bawah dan seterusnya melumpuhkan atau memusanahkan tank tersebut.
Masalahnya dalam situasi pertempuran sebenar, anjing2 tu berterabur pasal kekecohan dalam medan tempur. Lepas tu sebab masa dilatih, anjing2 tu diajar guna tank Rusia jadi diaorang lari balik ke belakang utk menyorok (dan meletupkan) tank sendiri!
brape kali nak ulang siaran asterok ni???
sblm ni dah ade 2 thread yang sama dgn tajuk yg sama.
sila blajo mcm mane nak search dulu before post new thread ye