CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16399|Reply: 11

25 jenis lelaki yg patut dijauhi

[Copy link]
Post time 29-1-2014 11:43 PM | Show all posts |Read mode
1. Si dia curang. Dia tidak pernah menghargai kekasihnya malah dia dengan sengaja menjalin hubungan cinta yang lain walaupun kekasihnya ada di sisi. Lelaki jenis ini sememangnya tidak tahu menghargai sesuatu yang bernilai. Mungkin dia akan lebih menghargai apabila kekasihnya pergi meninggalkannya. Baru dia tahu,langit itu tinggi atau rendah.

2. Sentiasa memerli bentuk badan kekasihnya. Mungkin kerana kekasihnya tidak memiliki bentuk badan yang menarik. Namun, dia tidak pernah sedar bahawa sekiranya dia menyintai dan menerima cinta kekasihnya itu, maka dia seharusnyamenerima seadanya keadaan kekasihnya asalkan tidak memudaratkan kesihatan.

3. Sering bercerita tentang perempuan yang berada di sekelilingnya yang suka mengganggu dirinya. Kononnya, perempuan-perempuan itu sentiasa mahu mengambil hatinya atau dalam erti kata lain, menawan hatinya. Namun, dia memberitahu kekasihnya bahawa dia hanya menganggap mereka sebagai kawan sahaja kerana dia sudah memiliki buah hati. Mungkin, si kekasih yang mendengar pengakuan tersebut berasa lega namun dia berulang-kali bercerita tentang perempuan disekelilingnya dan jawapan yang akan diberikan ialah hanya kawan sahaja. Sungguh menjelikkan!

4. Lelaki yang suka mengambil kesempatan. Pantang melihat perempuan berdahi licin, pasti dia akan melihat dengan kusyuk walaupun kekasihnya itu berada di sisi pada waktu itu. Apatah lagi sekiranya perempuan yang berada di hadapannya itu mempunyai tubuh badan yang mengiurkan. Sah! Lelaki jenis ini memang mempunyai peratus yang tinggi untuk curang.

5. Si dia juga tanpa mempunyai perasaan segan turut memandang bahagian dada si kekasihnya tatkala kekasihnya tunduk ingin mengambil barang yang terjatuh. Malah,tangannya juga turut merayap dan meraba bahagian pinggul kekasihnya. Sungguh kurang ajar!

6. Langsung tidak ingat hari lahir kekasihnya. Malah, dia langsung tidak meminta maaf.

7. Sewaktu berbual dengannya, dia tersalah menyebut nama kekasihnya dengan nama perempuan lain. Ermm

8. Tidak prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan kekasihnya sedangkan kekasihnya demam panas yang teruk. Sebaliknya dia asyik bergelak ketawa bersama kawan2 dia.Sungguh kejam!

9. Suka menonton VCD lucah dan tanpa segan silu menunjukkan majalah lucah kepada kekasihnya. EEEEEEEIIIII!

10. Sentiasa mengeluarkan kata-kata kesat apabila bergaduh dengan kekasihnya.Mungkin dia menganggap bahawa insan yang berada di hadapannya itu bukan kekasih namun hanya kawan-kawannya sahaja.

11. Tidak mengingati nama bapa kekasihnya sedangkan hubungan percintaan sudah menjangkau 3 tahun. Memang tidak boleh dijadikan menantu.

12. Tidak membenarkan kekasihnya membelek-belek telefon bimbitnya. Malah, setiap kali SMS masuk, dia membalas SMS tersebut secara rahsia walaupun kekasihnya berada di sisi.

13. Mempersendakan bau badan kekasihnya. Apa salahnya sekiranya dia menegur kekasihnya dengan baik, bukan?

14. Selalu akan menukar topik perbualan sekiranya kekasihnya menyentuh isu kehidupan berkeluarga bersamanya. Lelaki jenis ini sememangnya jenis yang tidak ada komitmen dalam hubungan.
.
15. Si dia memarahi kekasihnya sekiranya kekasihnya tidak mahu menyerahkan tubuh badan kepadanya. Tidak layak dijadikan suami!

16. Sibuk melayan perempuan lain. Apabila ditanya, dia akan menjawab bahawa perempuan-perempuan itu hanya kawan. Sedangkan apabila kekasihnya berkawan dengan lelaki lain, dia akan memarahi kekasihnya walaupun dia tahu bahawa lelaki-lelaki itu hanya kawan sahaja.

17. Seorang yang pengotor dan malas mandi. Malah bau badannya sudah cukup memualkan.

18. Sentiasa sibuk dengan kehidupannya sehingga mengabaikan kekasihnya walaupun kekasihnya berada dalam keadaan tertekan namun apabila dia berada dalam keadaan tertekan, dia mengharapkan kekasihnya setia berada di sisinya. Tidak adil!

19. Walaupun kekasihnya meminjam wang sebanyak RM10 daripadanya, dia tetap akan mengungkitnya sehingga kekasihnya membayar semula wangnya itu. Kedekut!

20. Gemar menabur janji untuk hidup bersama dengan kekasihnya namun apabila bertemu dengan perempuan yang lebih seksi, dia terus melupakan janjinya itu. Sepatutnya lelaki ini tidak akan bahagia di dunia dan di akhirat.

21. Sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.

22. Sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu bila ada apa2 yang dia ingini.Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.

23. Mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.

24. Sudah berpunya,tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.

25. Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.

Apa pendapat anda? Adakah betul lelaki-lelaki jenis seperti ini patut dijauhi??

Last edited by miu~miu on 30-1-2014 12:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 11:24 AM | Show all posts
Nasib baik 'my man' takde ciri2 di atas
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 11:56 PM | Show all posts
aku tkde ciri2 cam tu pun tk de pompuan sudi..apahal?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:37 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 1-2-2014 11:56 PM
aku tkde ciri2 cam tu pun tk de pompuan sudi..apahal?

sbb ko muda lg kot. baru sethn jagung. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 01:09 PM | Show all posts
ikaizraa posted on 3-2-2014 11:37 AM
sbb ko muda lg kot. baru sethn jagung. hehehe

setahun jagung...berapa tahun agaknya jagung itu manis sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2014 10:19 PM | Show all posts
jantan hampeh memg ramai..pepandailah korang pileh yg elok2...utk kebahagiaan diri korang juge..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2014 08:34 PM | Show all posts
tapi sapa dapt tackle lelaki drp kategori tu mmg tabik lah...... ha....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 02:17 AM | Show all posts
pernah suka orang macam ni. suka sebab tengok fizikal dia tapi..hampehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 07:45 AM | Show all posts
bese arr selalunye kategori ensem and macho yg banyak camneh..tapi yg kurang rupa pon ape kurangnyeee..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 10:48 AM | Show all posts
nama pun manusia, kalu nak cari kesalahan memang di korek sampai lubang cacing, tak kira lelaki atau wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 01:41 PM | Show all posts
Isn't there a man-hating-lesbian thread to post stuff like this?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooooo...gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.085359 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list