View: 2613|Reply: 6
|
Jom Kita Buang Racun-racun Dalam Otak
[Copy link]
|
|
Otak merupakan organ terpenting pada manusia. Andai berlaku kegagalan otak berfungsi, boleh menyebabkan seluruh tubuh lumpuh. Otak mempunyai pelbagai fungsinya tersendiri. Tanpa otak, manusia boleh diibarat sebagai sebuah komputer tanpa chip. Otak adalah pusat kehidupan manusia.
Otak manusia juga mudah penat andai digunakan dalam tempoh yang lama untuk berfikir dan berfikir. Pernahkah saudara pembaca mengalami keletihan otak berfikir? Selama mana kita menggunakan otak untuk berfikir, akan berlaku pengumpulan racun-racun di dalam otak yang bertindak meletihkan otak. Namun, ada cara untuk membersihkannya..

Otak anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada manusia
Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun- racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian, kata para penyelidik .
Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa “sistem pembuangan racun” adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia perlu tidur.
Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel -sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antara neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak. Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.
Seterusnya, telah terbukti tidur berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingat, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah ” pekerjaan rumah ” yang harus dilakukan di dalam otak kita.
Berfikir atau tidur
Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan.
“Otak mempunyai tenaga yang terhad dan otak harus memilih antara dua fungsi yang berbeza – terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan ,” kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard .
“Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berhibur di mana kita boleh menghibur para tetamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar- benar melakukan keduanya pada masa yang sama.”

Fikir dan fikir..jangan sampai pening kepala
Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic iaitu satu sistem yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.
Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.
Sel- sel dalam otak menyusut semasa tidur. Keadaan ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak, sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun- racun.
Dr Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi terpenting untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.
Oleh sebab itu, kita harus mendapatkan tidur yang mencukupi kerana andai waktu tidur tidak dijaga, kita akan mudah marah-marah, murung dan tidak bersemangat.. agaknya racun sudah banyak terkumpul dan harus dicuci dengan segera…fikir-fikirkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info |
|
|
|
|
|
|
|
Info yg bgs dan sgt bguna utk aku yg selalu sngt tidor lmbt.patutla aku selalu x fokus... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terlebih tido macam mane
|
|
|
|
|
|
|
|
kena cukup tidur la kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|