CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1942|Reply: 6

5 Makanan Bantu Melawan Penuaan

[Copy link]
Post time 7-2-2014 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Tidak semestinya produk yang anda beli mampu membantu mengurangkan masalah penuaan pada kulit anda. Dek kerana terlalu percaya sesuatu produk, anda terlupa bahawa makanan yang anda ambil sebenarnya boleh dijadikan 'zat' untuk kulit sihat.



MANGGA
Kaya dengan vitamin A dan C yang berfungsi mencerah dan menghasilkan sel kulit menjadi lebih lembut dan muda.


TIP!
1 biji mangga (dikupas dan dihiris)
1 putih telur


Kisar kedua-dua bahan. Apabila sudah sebati, sapukan pada wajah menggunakan hujung jari sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Akhiri dengan losen wajah.


TOMATO
Tinggi dengan kandungan lycopene, buah tomato merupakan penghalang sinar UV secara semulajadi.


TIP!
Tampal hirisan tomato pada wajah. Anda juga boleh hancurkan tomato dan dijadikan topeng wajah sebelum tidur.


TIMUN
Mulakan setiap hari anda dengan mengambil jus timun. Kandungan warna hijau pada timun membantu melembapkan kulit.


TIP!
1 cawan nenas
1/2 timun
1/2 hijau epal


Kisar kesemua bahan dan diamalkan sebagai minuman setiap hari membantu membuang toksin kotor yang menjadi punca kulit tampak lesu.

STRAWBERI
Sumber vitamin C paling berkesan dalam mencerahkan kulit adalah buah strawberi. Bukan saja kaya potasium, folat dan serat, tetapi juga antioksida.


TIP!
Hancurkan tiga biji buah strawberi dan sapu pada wajah selama 10 minit. Kemudian bersih menggunakan air bersih.

LIMAU GEDANG
Pendedahan kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari atau asap rokok boleh mematikan kulit anda. Pengambilan buah oren yang kaya antioksida ini membantu mempertahankan kulit anda.


TIP!
Rasanya yang pahit memang kurang digemari untuk dibuat jus. Tetapi boleh dibuat sebagai salad yang dicampur dengan hirisan buah-buah lain.


SELAMAT MENCUBA!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 04:08 PM | Show all posts
makanan yang paling bagus ialah antioxidant food macam berry, broccoli, bawang putih, anggur etc..antioxidant ni melambatkan penuaan,murah dan berkesan kalau kita sentiasa amalkan...lagi satu try makan makanan yang mengandungi omega 3 macam fish oil, walnut etc...kalau boleh makan secara raw...huhu...omega 3 boleh meningkatkan iq dan anti aging yang berkesan...jangan kedekut duit pasal makanan ni...saya tengok ramai perempuan yang berjimat pasal makanan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tomato aku tak tepek kat muka tp aku makan gitu je buat cam buah epal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 09:06 PM | Show all posts
nanacinta posted on 7-2-2014 04:08 PM
makanan yang paling bagus ialah antioxidant food macam berry, broccoli, bawang putih, anggur etc..an ...

btl2..kita x bole berkira sgt bab2 kesihatan nie
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 09:08 PM | Show all posts
i amalkan makan daun pegaga...and minum jus peria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 09:08 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 7-2-2014 04:10 PM
Tomato aku tak tepek kat muka tp aku makan gitu je buat cam buah epal

..
gud idea sis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2014 10:07 PM | Show all posts
miesya88 posted on 7-2-2014 09:06 PM
btl2..kita x bole berkira sgt bab2 kesihatan nie

betul miesya...ramai yang berkira pasal makanan berkhasiat tapi tak berkira kalau nak undi artis dekat af atau raja lawak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.486053 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list