CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7652|Reply: 13

Who is Hana Tajima?...

[Copy link]
Post time 12-2-2014 07:27 PM | Show all posts |Read mode
salam semua..

ptg..tadi..manja sj sibuk2..surf..cari2..tudung...
then ttiber terjumpe youtube hana tajima..

at 1st mmg x tau sape die...
accent..english..die wah....
rupe pulak..cam korea/jepun...

so i pun sibuk2 la..google..
sj nak share dgn u allz...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2014 07:31 PM | Show all posts


Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima


Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.(terharu )

Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.

Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.



Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.

Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan. Last edited by manjalara_01 on 12-2-2014 07:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:00 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:20 PM | Show all posts



http://hanatajima.com/design/

Last edited by manjalara_01 on 12-2-2014 08:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 08:31 PM | Show all posts
ropa mcm adik i jek
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 11:46 PM | Show all posts
She's so stylo!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 01:02 AM | Show all posts
Biasa - biasa sajaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 03:05 PM | Show all posts
Dah lama.... Dah kawin pun dia ni, ntah2 dah ade anak... Pic2 tu pun pic lama, tt sori erk, klu pic terkini ok gak sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2014 03:10 PM | Show all posts
uishhh da berkurun lamenye pasal die ni... die ni kira trendsetter hijabista la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:25 PM | Show all posts
Biar betul. Hana Tajima ni jarang dengar dah sekarang fasal dia famous kat sini dalam 2 tahun lepas ke...kat sini la. tak caya cuba search Hana Tajima dekat search function kat atas tu.....
topik pasal dia ni, yg first kat forum ni....ialah pada tahun

2010
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 10:23 AM | Show all posts
hana tajima so yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 09:18 PM | Show all posts
suka hana tajima ni sbb dia minimalist....tampilkan keanggunan dalam kesederhanaan ....structured dlm berpakaian.classy... x mcm hijabista malaysia....ntah apa2 dressing mcm sampah sarat serba serbi sarat warna sarat aksesori sarat layering pastu bajet hebat la tu.dressing pun mcm xde pendirian org pakai turban dia pakai turban,org vintage ko pun nak vintage,org shawl ko pun nak shawl,tudung ya Allah hazab style ropol2 langsir cadar pun ada.aku pernah tgk tudung corak kotak2 kecik sebijik mcm alas meja...sedih

skang ni si vivy fashion valet tu pun buat baju2 basic ala2 hana tajima ni.......minimalist kekdahnyer......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2014 10:30 PM | Show all posts
ana_w_houb posted on 9-3-2014 09:18 PM
suka hana tajima ni sbb dia minimalist....tampilkan keanggunan dalam kesederhanaan ....structured dl ...
ya..i pun..taste lebih pd yg simple2..
x reti..nak color2...i'm a plain jane...

i pulak...
yg tertarik dgn die..
cara die tertarik..nak masuk Islam..

the best part yg die story psl student2..Islam kat sana..
fuh terharu..i baca...
yea la..kan..most the time..yg kite dengar..semua citer2 x elok jek..
kalau psl Islam ni...

thats y i bukak lagi 1 thread about..story muamalat..
mcm mana kisah2 they allz..bleh tertarik..masuk Islam..
kat board agama...

huhu..posting poyo...

Last edited by manjalara_01 on 9-3-2014 10:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 12:49 PM | Show all posts
dh khwin ke hana tajima ni? hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048753 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list