View: 1711|Reply: 0
|
partai kebangsaan melayu, malaya
[Copy link]
|
|

Gambar ini menunjukkan salinan sekeping "Surat Pengenalan" yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertarikh 24 Oktober 1946. Isi kandungan surat ini berbunyi:
"Pembawa surat ini bernama Baharum bin Basar berumor 25 tahun, Ia adalah seorang ahli Party Kebangsaan Melayu Malaya berperangai baik, tujuannya berangkat ke N.R.I. (Negara Republik Indonesia) ialah kerana meninjau dan belajar. MERDEKA"
Surat ini telah ditandatangan sendiri oleh Presiden PKMM pada ketika itu, Dr. Burhanuddin Helmi. Baharum Basar merupakan ahli PKMM dan juga Ketua API (Angkatan Pemuda Insaf) cawangan Selangor.
Seperti yang tertera dalam surat ini, Ibu Pejabat PKMM terletak di KL beralamat No. 2 Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman), berkemungkinan besar terletak di kawasan Chow Kit. Nombor telefon mereka ketika itu hanya nombor 4 digit, 3719.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|