CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5081|Reply: 14

Mossad

[Copy link]
Post time 10-3-2014 06:14 PM | Show all posts |Read mode






Mossad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ha-Mossad le-Modi'in ule-Tafkidim Meyuhadim (Hebrew: המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים atau Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab.
Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.


Sejarah

Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.


Struktur

Ibu pejabat Mossad terletak di bandar raya Tel Aviv . Mossad adalah sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera. Tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel. Terdapat 8 jabatan berlainan fungsi di dalamnya.

Perisik diambil dari pelbagai peringkat di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas. Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada terlibat dalam pembunuhan tokoh tertentu, operasi separa tentera, sabotaj dan perang saraf.

Perang Saraf sangat berkait dengan pegawai diplomat dan media massa yang dipanggil Jabatan Psikologit Lochamah.


Operasi Profil Tinggi[sunting | sunting sumber]

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.

Kejayaan operasi
Mossad berjaya menangkap penjenayah perang Nazi bernama Adolf Eichmann di Argentina pada 1960. Melalui seorang jurugambar bebas, Mossad mendapati Eichmann tinggal di Argentina dengan nama 'Micardo Klement' dan ditangkap pada 11 Mei 1960 . Seterusnya diseludup ke Israel . Rancangan menangkap Josef Mangele gagal.

Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik.

Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.

1965 Mossad telah membunuh penjenayah peranmg Nazi , Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.Beliau dikatakan bertanggungjawab membunuh dan menyiksa serta merogol ramai Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia I.

Dari tahun 1957-1965 Wolfgang Lotz telah dihantar ke Mesir untuk mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Wolfgang Lotz sebenarnya lahir di Mannheim, Jerman , tahu berbahasa Jerman dan wajahnya menyerupai Aryan dan banyak mendapat maklumat operasi tentera Mesir pada 1965.
Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. Puncanya dia didiskriminasi kerana berugama Kristian dan pembasmian etnik Urmia di selatan Turki.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2014 07:23 PM | Show all posts
poyo la daus borak pasal mossad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2014 09:25 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 10-3-2014 07:23 PM
poyo la daus borak pasal mossad

adik uitm ni jgn la nakal2 kalu xtw pasal mossad pi hang ke bod babyrina pi jauh2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2014 09:30 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2014 09:34 AM | Show all posts



Mossad - The World's Most Efficient Killing Machine
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 10:02 AM | Show all posts
pestol posted on 11-3-2014 09:25 AM
adik uitm ni jgn la nakal2 kalu xtw pasal mossad pi hang ke bod babyrina pi jauh2

poyo la daus nk begaduh plak...dah la lawak sme lawak buduh2...lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2014 10:07 PM | Show all posts
Haku sebenarnya tak paham.
mintak penjelasan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 05:02 PM | Show all posts
Mossad - The World's Most Efficient Killing Machine panjangnya smpai 46minit.. malasnya nk tgok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2014 10:32 AM | Show all posts
Ramainya juak2 Yahudi kat thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2014 02:26 PM | Show all posts
Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah, mungkin ada ramai yang tersilap

MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah. Contoh :

"MasyaAllah, anak jenis apa kau ni, cium peluk anak dara orang yang bukan mukhrim"

Sebetulnya “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Nauzubillah”. "MasyaAllah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan benda positif, keindahan, kejayaan dan kagum akan ciptaanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:13 AM | Show all posts
mossad ni jugala yg mencipta dan mendidik rangkaian alqaeda
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 03:41 PM | Show all posts
kejam mossad nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 11:32 AM | Show all posts
at least kita tau ape fgsi mossad, dan juga lebih berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 12:28 AM | Show all posts
yahudi @ jew
mmg kejam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 01:02 PM | Show all posts
yahudi bangsa paling bijak dan paling zalim di dunia ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.165973 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list