|
tak suko poi situ..klorin eh betan2 dimasokan dalam air tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Taman tema air panas Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]
Wet World Air Panas Pedas memberi keseronokan mandi-manda untuk seisi keluarga.
LAZY RIVER antara kemudahan yang disediakan di taman tema Wet World Air Panas Pedas.
APABILA tiba musim cuti persekolahan, Wet World Air Panas Pedas menjadi satu tempat yang sering dikunjungi sama ada penduduk setempat mahu pun pelancong asing.
Destinasi tersebut sudah begitu dikenali kerana khasiat kolam air panas semula jadi itu dipercayai mampu melegakan sakit-sakit sendi, menyembuhkan penyakit kulit dan pelbagai sakit otot.
SETIAP hujung minggu, taman tema air panas Pedas menjadi tumpuan ramai pengunjung.
Menurut Pengurus Wet World Air Panas Pedas, Thomas Yeo tempat itu biasanya penuh dengan pengunjung pada hujung minggu dan ketika cuti umum hinggakan jumlah pengunjung mencecah ribuan orang.
"Namun, pada hari-hari biasa ia tetap mempunyai pengunjung tersendiri terutama bagi mereka yang mahu mandi air panas yang disediakan di sini," kata Yeo kepada Kosmo!.
Wet World Air Panas Pedas dibuka sejak Januari 1999 dan ia dibangunkan di atas kawasan seluas 4.8 hektar.
Taman tema
Tarikan istimewa yang ada di sana ialah air panas semula jadi yang disalurkan ke taman tema air menerusi kolam spa yang disediakan.
"Kolam air panas ini mempunyai kadar suhu antara 35 hingga 46 darjah Celsius sekali gus sesuai untuk melegakan sakit-sakit badan," jelas Yeo.
KOLAM urutan refleksologi mampu memberi kelegaan kepada otot-otot badan yang sakit.
Selain itu, terdapat taman tema air yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan permainan air untuk pengunjung seisi keluarga.
Ini termasuklah kolam berombak, sungai mengalir perlahan atau lazy river, gelongsor air berkembar dan kolam khas kanak-kanak yang cetek dan selamat untuk mereka bermain.
Tidak terkecuali, kolam urutan refleksologi juga disediakan. Namun, suhu air kolam itu lebih rendah dan ia sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia sepuluh tahun ke atas.
KUNJUNGAN ke Wet World Air Panas Pedas pasti memberi seribu satu keserono-kan.
Menariknya, di dalam kolam itu terdapat batu-batu yang disusun untuk pengunjung melakukan urutan refleksologi kaki sendiri.
Sementara itu penyelia taman tema tersebut, Amran Jusoh, 50, berkata, selain menerima kunjungan orang ramai untuk bermandi-manda, mereka juga menerima banyak tempahan untuk pelbagai acara seperti hari keluarga, sambutan hari lahir dan sebagainya.
"Setiap minggu pasti ada syarikat korporat, swasta atau agensi-agensi kerajaan yang mengadakan majlis di sini. Terbaru ialah sambutan hari keluarga dari Syarikat MAS Kargo yang melibatkan penyertaan seramai 800 orang dan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekitar 500 orang," ujar Amran yang sudah tiga tahun bekerja di sana.
Antara aktiviti lain yang turut dianjurkan ialah jamuan makan malam, majlis kutipan amal, kem motivasi, pelancaran produk baru dan aktiviti pencarian harta karun.
Bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas dikenakan mengikut ketinggian pengunjung. Bagi mereka yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter (sm) ke atas, bayaran masuk sebanyak RM10 dan untuk ketinggian 85 sm ke 135 sm, tiket masuk berharga RM8 manakala tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mereka yang mempunyai ketinggian 85 sm ke bawah.
Bagi orang kurang upaya dan warga emas pula, mereka hanya dikenakan bayaran separuh harga.
p/s cam bestt jek...sey nak poie arr!
heheh~ |
|
|
|
|
|
|
|
buleh ko join poie? hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe~
nanti kito buek konvoi ramai2 nak?
ajak warigh2 skali... |
|
|
|
|
|
|
|
erm leh bagi rate 3/5.. not bad.. destinasi budget tu... natural place yg diupgrade kan... patutnya leh dijadikan salah satu tmpt pelancongan tp ntah.. xtau apa usaha kerajaan negeri ke arah tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|