Tahukah kita yg penyakit tibi ni antara penyakit TERTUA di dunia ni. Sebabnya penyakit ini dilaporkan ditemui pertama kali di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460 sebelum masihi. hippocrates telah mengenalpasti yg tibi ni penyakit paling tersebar luas pada masa itu dan selalunya membawa MAUT. Jangan takut. Itu dulu. Sekarang Insya Allah ada caranya.
Sejarah penyakit tibi kat Malaysia pulak kalau korang nak tau antara tahun 1945 hingga 1957, tahun kita merdeka, tibi adalah pembunuh nombor satu di Malaya. Waktu tu, sebahagian besar katil lat hospital penuh dengan pesakit tibi. Sebelum kita jumpa penawar mujarab untuk wabak tibi yg masa tu turut melanda dunia, pesakit tibi dikuarantinkan di satu tempat terpencil "sonatorium" bagi mengelak jangkitan berlaku. Masa tu, ubat yg diberikan hanyalah makanan berkhasiat bagi membina tubuh yg kuat. Itu dulu la.
Meh la kita berkenalan dengan tibi ni ok! Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Tu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi bila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit tu kurang degreenya. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak. Ini TIDAK BENAR.
Kebanyakan individu yg dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman2 tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan. Kadang2 sampai akhir hayat begitu je.
Kuman2 tibi tiba2 jadi aktif bila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah org yg dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan diorang sempat lawan kuman2 tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, diorang akan jatuh sakit beberapa tahun kemudia bila kuman yg dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yg lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem imun kita lemah.
Kalau korang nak tau, 24 Mac setiap tahun diisytiharkan sebagai hari tibi sedunia. Bukanla nak meraikan penyakit ni pulak. Haha. Tapi sebenarnya nak beri kesedaran tentang bahaya penyakit ni kepada semua. =)
Pertubuhan Kesihata Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman penyakit ni dalam badan. Scary x? =P
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yg membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yg ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.
Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru2 atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ni masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain2.
Macam mana tibi merebak?
Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu2 kuman tibi daripada paru2atau kerongkong yg bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yg menyedut udara yg mengandungi kuman tibi yg terapung2 itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya. No wonder, lepas mak kena tibi setahun lebih yg lalu, skang adik pulak yg kena.
Macam mana kita nak tau kalau2 kita ada penyakit tibi ni? Apa gejala2 atau simptom2 tibi?
Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih Kahak berdarah Demam berpeluh pada waktu petang atau malam Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang Hilang selera makan Berat badan menyusut Mudah letih dan lemah badan Memang betul, semua simptom ni dapat dilihat kat mak n adik saya. Adik saya baru2 ni demam. MC diberi 2 hari tapi demam tak hilang. Ada masa sihat, ada masa demam. Hilang selera makan pon betul. Dia memang on diet tapi takde turun berat badan dia tu kalau dia on diet macam biasa. Tapi entah tiba2 berat badan boleh turun 3kg dalam masa dia demam tu. Memang suka. Tapi hoi. Turun berat badan akibat penyakit la cara yg paling tak best untuk kurus. Hehe. Sila jangan bangga kalau korang slim tapi sakit. =)
Apa langkah2 pencegahan tibi?
Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan
Siapa pulak golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan?
Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar2 Pembawa HIV Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yg lama Warga tua Bercakap pasal warga tua, arwah opah saya pon memang ada batuk berkahak sepanjang hayatnya. Sampai dia meninggal pon dia masih ada batuk berkahak. Ingat lagi saya kena basuh bekas kahak arwah opah setiap pagi. Mungkin tibi jugak agaknya?
Bagaimana cara mendiagnos tibi?
Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma Pemeriksaan sinaran x dada juga boleh menunjukkan kerosakan yg mungkin berlaku pada paru2 kita
Rawatan tibi
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang2nya 6 bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada 2 bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak 4 jenis ubat makan yg disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yg dilantik sebagai penyelia. Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama 4 bulan, biasanya melibatkan 3 jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.
Kenapa kena makan ubat di bawah penyeliaan? Sebab takut org yg jenis tak suka makan ubat buang je ubat tu atau nanti balik umah tak makan langsung. Haa. Dah tau tibi ni penyakit berjangkit lagi tak nak makan ubat.
Tips Umum
Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai - Rehat secukupnya
- Makan makanan seimbang
- Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
- Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
- Banyakkan bersenam
- Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
- Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
- Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
- Ambil suplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan
Bercakap pasal sistem imunisasi badan untuk pesakit tibi ni kan, di Shaklee ada jugak suplemen yg boleh kita ambil untuk tingkatkan sistem imunisasi badan. Apa dia? Meh tengok.
Secara ringkasnya, kita boleh ambil mana2 suplemen yg meningkatkan sistem imunisasi kita.
Nutriferon Shaklee
Memang sahih fungsi nutriferon ni pon untuk boost kita punye immune system. Ingat tak di awal artikel tadi saya ada sebut kuman tibi menyerang bila sistem imunisasi dalam badan kita ni lemah. Sebab tu kalau boleh, pastikan sistem imunisasi dalam badan kita tak lemah, kuat dan boleh melawan penyakit.
Vivix Shaklee
Lebih dikenali sebagai tonik ajaib kan? Bagus sangat kalau boleh beli ni. Bajet lebih sikit elokla amik vivix sebab vivix bantu kita merawat penyakit melalui sel dan dna dalam badan kita. Sebab tu namanya tonik ajaib.
Omega Guard Shaklee
Umum tau kan Omega Guard tengah promo bulan ni? Bagus sangat ni tau. Sebab minyak ikan membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2.
Zinc Complex
Meningkatkan sistem imun dan mengaktifkan 200 jenis enzim.
Carotomax Shaklee
Ni antara hot stuff Shaklee ni. Asyik sold out memanjang. Mampu menghalang infeksi, merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru2, batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.
Kan saya pernah cerita kebaikan bawang putih? Bagus garlic ni sebab garlic antibiotik semulajadi. Selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk tingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit macam selesema, kulat, kuman, virus etc. Juga menghalang alergi dan mempertingkatkan immune bagi penyakit mcm hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis. Boleh baca kebaikan bawang putih kat sini.
Sustained Release Vita C Plus Shaklee
Ni lagi 1 hot stuff. Hehe. Setahun takde kat Malaysia sampai kemaruk semua org cari. Bila dah ada, org lain siap jenama kan kembali. Kesian kan. Hehe. Vitamin C bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Membina sel darah merah yg sihat untuk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit dan juga asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
Itu antara suplemen Shaklee yg boleh membantu merawat tibi dengan cara meningkatkan daya ketahanan dalam badan. Tapi bukan semua kena amik la. Ikut bajet masing2. Kalau ada duit lebih, boleh beli lebih. Lagipun tak rugi beli suplemen.
sms / whatsapp : 019-866 8615
email : [email protected]
FB Page :Health and you
|