Cao Dai, Agama Baru Yang Menyembah 'Dajjal' di Vietnam.
Bagaimana ia diasaskan? Pada tahun 1919 Ngo Van Chieu, pentadbir bagi pihak Perancis di Vietnam, telah berkomunikasi dengan dewa tertinggi (dajjal) semasa upacara pemujaan.
Kemudian, Chieu telah dilantik menjadi nabi dari agama yang baru, yang telah itubuhkan secara rasmi pada tahun 1926 di Vietnam. Setelah itu beliau selalu berkomunikasi dengan tuhannya (dajjal) yang membimbingnya cara pengamalan agama tersebut.
Tujuan utama agama itu ialah untuk menyatukan semua agama di dunia ini dan ia bakal menjadi agama untuk seluruh dunia.
(Bila difikir2kan ada kemungkinan dajjal lah yang memberi inspirasi kepada ayah Pin untukmenubuhkan agama barunya itu yang bertujuan untuk menyatukan agama2 dia Malaysia.Alhamdulillah usaha itu gagal!)
Ada juga pusat ibadat telah ditubuhkan oleh masyarakat pelarian Vietnam di luar negara dan pada awal tahun 1990-an Cao Dai dilaporkan mempunyai dua juta pengikut di Vietnam, Kemboja, Perancis, dan Amerika Syarikat.
Ibu Pejabat agama yang berada di Tay Ninh, berhampiran Ho Chi Minh (dahulu Saigon).
Cao Dai mengandungi gabungan ajaran etika dari Confucianisme, amalan ilmu ghaib dari Taoisme, teori karma dan kelahiran semula dari agama Buddha, dan mempunyai organisasi hierarki sama seperti (termasuk paus ) Roman Katolik.
Dalam agama Cao Dai, tuhan digambarkan sebagai mata dalam segi tiga, simbol yang diletakan di hadapan kuil mazhab itu.
Maksud perkataan Cao Dai ialah yang bermaksud 'tempat yang tinggi', atau menara yg tak berumah, diberikan sebagai nama simbolik Makhluk Agung (dajjal).
ajaran so called baru, selalunya akan ikut agama majoriti negara masing2.
contoh kalu kat Malaysia....mesti berkait dgn Islam...ada zikir lah, Nabi lah...
kalau kat barat...mesti ada 'church of....'
Ni dah kat Vietnam, walaupun dia claim 'menyatukan agama'....nampak sangat
style Tao, ...Bhuddist pun ada.... macam agama Asia timur la.
.......meniru-niru....tanda jelas akan takdernya kredibiliti.
agama baru kalu ikut kata tour guide. aku pi sini. sbbnya silap ambik pakej igtkn lepas gi cuchi tunnel tu kitaorg di bawa pusing satu hr bandar saigon rupanya pi temple ni. rugi masa aku separuh hari dok ikut derang pi tmpt ni....derang ni mcm ada satu perkmpgn..aku tgk cam ala2 al-arqam dulu. perkmpgn derang siap ada sekolah dll.