CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2022|Reply: 4

Telan wang tunai RM327,000

[Copy link]
Post time 17-8-2014 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Teluk Montego: Seorang lelaki warga Venezuela ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah AS$103,500 (RM327,000) dari Jamaica selepas dia menelan lebih 80 bungkusan plastik mengandungi wang berkenaan.

Eddy Alberio Mancipe Ortega, 41, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster di Teluk Montego ketika hendak berlepas ke Trinidad.


Ortega mengaku kepada polis bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menelan bungkusan plastik berkenaan.

Menurut akhbar The Gleaner, dia dihukum penjara tiga bulan oleh pihak berkuasa Jamaica.


Kerana dia sudah ditahan sejak lapan bulan lalu, Ortega diusir ke negara asalnya serta-merta.


Sehubungan itu, Jamaica kini meningkatkan pemeriksaan terhadap mereka yang meninggalkan negara itu.

Ketua Bahagian Siasatan Kewangan Justin Felice berkata, ini kali pertama pihaknya menemui wang tunai diseludup dari Jamaica dengan cara itu.


“Ia menggambarkan bagaimana orang akan menjadi kreatif untu mengelak dikesan pihak berkuasa yang cuba memerangi pengubahan wang haram,” katanya. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X luka ke dalam perut telan bungkusan byk2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 12:56 PM | Show all posts
camner nak kuorkan balik? Belah perut? Kalo kuor ikut kumbahan mahu makan masa 2-3 hari ulang alik toilet
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:02 PM | Show all posts
Macam macam cara nak seludup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 06:04 PM | Show all posts
drivethru posted on 17-8-2014 12:38 PM
X luka ke dalam perut telan bungkusan byk2.

Duit dah lah banyak tambahan pula saiz pun besar ......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.823101 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list