View: 3914|Reply: 13
|
Askar terselamat selepas pura-pura mati
[Copy link]
|
|

Satu rakaman video yang disiarkan oleh kumpulan IS menunjukkan Ali Hussein (dalam bulatan) terbaring bersama mayat-mayat askar Iraq yang dibunuh di Tikrit pada Jun lalu.
BAGHDAD - Seorang askar Iraq yang ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) terselamat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai askar negara itu di Tikrit pada Jun lalu selepas dia berpura-pura mati, lapor The New York Times kelmarin.
Askar tersebut, Ali Hussein Kadhim yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan seramai 560 askar Iraq yang dianggap paling kejam dilakukan oleh militan IS.
Katanya, dia terselamat selepas peluru yang ditembak oleh seorang militan IS ke arah kepalanya tersasar.
"Selepas menyedari peluru itu tersasar saya berpura-pura mati dan terbaring bersama berpuluh-puluh mayat yang lain.
"Selepas militan IS beredar, saya kemudiannya melarikan diri pada waktu malam dan terpaksa bersembunyi di beberapa kampung selama beberapa minggu bagi mengelak dikesan," katanya.
Ali Hussein, 23, memberitahu, dia menyertai tentera Iraq pada awal Jun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan dan ditempatkan di sebuah pangkalan tentera di Tikrit.
"Apabila IS menawan Mosul yang terletak kira-kira 240 kilometer dari Tikrit kami bimbang mereka akan menawan pangkalan kami menyebabkan saya dan beribu-ribu askar yang lain melarikan diri.
"Bagaimanapun, ketika separuh perjalanan kami ditangkap oleh militan IS dan dibawa ke satu lokasi berhampiran Sungai Tigris sebelum ditembak," ujarnya.
Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih kecil memberitahu, dia terpaksa memakan cacing untuk hidup serta berlindung di sebuah perkampungan di Tikrit sebelum berjaya pulang semula ke kampung halamannya di Erbil.
"Saya kini membantu pakcik saya menguruskan sebuah ladang kurma di sini dan saya tidak akan kembali menyertai tentera lagi," jelasnya. - Agensi
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 2.htm#ixzz3CVRtdF8g
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
IS nie nk bawak imej islam??
bek la puak2 IS nie g bejuang kat israel....
same2 islam pn nk berbunuh..
btw askar iraq beribu2 lari kem takut ngn IS nie..
lg tak melawan?? |
|
|
|
|
|
|
|
takiyya la tu 
cuba kalo askar mesia yg kne gerenti xde takiya takiya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Taktik yang boleh menyelamatkan nyawa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Berpantang maut sebelum ajal. Peluru tembak kat kepala boleh tersasar.... |
|
|
|
|
|
|
|
isis dah tau taktik ni sure pasnih repeat tembak banyak2 kali sampai sure semua kiok |
|
|
|
|
|
|
|
cmne nk pstikn tubenar2 isis?
takat dgr news sblh pihak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak askar buat trick cam ni masa perang utk selamatkan nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa posted on 7-9-2014 09:55 AM 
Banyak askar buat trick cam ni masa perang utk selamatkan nyawa
Itu semua atas kepandaian seseorang....janji dia tak mati....
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya is ni menggunakan nama islam utk memburukkan islam..... apa yg dilaksanakan jauh terpesong dari ajaran islam sebenar.... |
|
|
|
|
|
|
|
ISIS = al-Qaeda v2 = fake caliphate |
|
|
|
|
|
|
|
ajal maut Tuhan yg tentukan...selagi belum sampai ajal ada aja sebab......syukurlah selamat......masih berpeluang untuk bersama2 dgn keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
kejoraria posted on 9-9-2014 12:04 PM 
ajal maut Tuhan yg tentukan...selagi belum sampai ajal ada aja sebab......syukurlah selamat......mas ...
Setuju sangat......walau tinggal dalam tembok batu pun kalau dah sampai ajal, mati jugaaaaa....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|