View: 2660|Reply: 7
|
Bayar saman RM160 selepas 18,000 hari
[Copy link]
|
|
Phoenix: Rasa tanggungjawab mendorong seorang lelaki membayar denda yang dikenakan atas kelalaiannya separuh abad silam.
Robert Atherton disaman pihak berkuasa kerana meninggalkan motosikal Vespa miliknya di zon larangan ketika bercuti di Itali, tetapi ia tidak disedarinya.
Namun, dia hanya menyedari kewujudan saman itu beberapa hari lalu selepas menyemak beberapa surat diterima ketika bercuti di Lerici, Liguria pada 1964.
Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh ia dikeluarkan.
Atherton disaman 1,000 lira (RM2) atau mengikut matawang hari ini sekurang-kurang £8 (RM42).
Atherton kemudian membayar saman itu bersama ‘bunga’ terkumpul selama 50 tahun berjumlah AS$50 (RM160) kepada pihak berkuasa di Lerici.
Dia juga mengirim sekeping nota bersama bayaran berkenaan bertulis: “Tolong maafkan kealpaan ini.”
Atherton bernasib baik kerana tidak didenda walaupun lewat 18,000 hari membayarnya.
Datuk Bandar Marci Caluri berkata dia kagum dengan kejujuran Atherton dan ia patut dicontohi. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
agak2 kalau banyak sgt kena, dia bayar tak?  |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 7-9-2014 11:04 AM 
agak2 kalau banyak sgt kena, dia bayar tak?
Mungkin dia buat buat lupa kot.....
|
|
|
|
|
|
|
|
wah jujurnye pakcik... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo 1k mmg lah .....lainlah dia kayo... |
|
|
|
|
|
|
|
AcikLijah posted on 7-9-2014 10:02 PM 
wah jujurnye pakcik...
Syurga Elohim menunggu di sana |
|
|
|
|
|
|
|
DeMax posted on 8-9-2014 09:36 AM 
Syurga Elohim menunggu di sana
Syurga apa tuu?
|
|
|
|
|
|
|
|
baiknya die
ni saman aku dh lbh sethn haram xbayaq lg
bila nk kasi diskaun niiii????
300 banyak tuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|