CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 0

adakah kerja malam atau selalu ot menjejaskan kesuburan anda?

[Copy link]
Post time 4-10-2014 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Pada kali pertama pertemuan, Encik Leong dan isterinya sudah melewati usia 35 tahun, dan ini juga kali pertama mereka mencari bantuan daripada pakar mengenai masalah ketaksuburan. Pasangan itu sudah berkahwin selama 5 tahun dan berjaya hamil pada tahun pertama perkahwinan. Tetapi malangnya bayi masih tiada kedengaran denyutan jantung pada minggu ke-8 kehamilan. Akhirnya Puan Leong terpaksa menjalankan keguguran.


Selepas menjangkaui penderitaan ini , Puan Leong baru menyedari bahawa keguguran adalah akibat daripada kelemahan badan yang masih tidak bersedia untuk kehamilan. Demi mengelakkan penderitaan ini daripada berulang, mereka berdua mencapai persefahaman iaitu mencuba hamil hanya selepas membaiki pulih kesihatan badan sekurang- kurangnya setengah tahun.


Dalam 3 1⁄2 tahun selepas ini, usaha mereka tersia-sia yang mana tiada berita kehamilan disampaikan. Oleh sebab pasangan ini berfikiran lapang dalam kehamilan selama ini, jadi selain daripada berhubungan seks semasa tempoh ovulasi, mereka tidak pernah mencari bantuan daripada pakar-pakar berkenaan atau membuat sebarang pemeriksaan badan untuk mengetahui kesihatan sendiri, demi menyelesaikan masalah ketaksuburan.


Meskipun Encik Leong tidak pernah membuat ujian analisa air mani, tetapi saya yakin bahawa kualiti spermanya adalah tidak ideal. Ini disebabkan Encik Leong yang sibuk dengan kerjanya senantiasa tidak tidur selama 24 jam berterus- terusan.


Malah mempunyai rekod tidak tidur dan rehat selama 36 jam! Justeru,atas ketegangan dan tekanan kerja yang berat, tambahan kekurangan masa tidur, kesihatan Encik Leong kian merosot yang mana mudah demam dan banyak beruban dalam masa singkat. Masalah ini memang merunsingkan dia. Puan Leong pula menghadapi masalah Sindrom Prahaid yang mana mengalami kesakitan pinggang,payudara dan perut walaupun kitaran haidnya agak teratur. Puan Leong mencatat suhu badan setiap hari dan haluan suhunya bersifat naik dan turun dengan tidak ketentuan, jadi biarpun kedatangan haid setiap bulan tetapi bukan berlaku ovulasi pada setiap kali kedatangan haid.


Di samping itu, tekanan darahnya yang agak rendah dan kekurangan jantung darah juga akan menjejaskan peluang kehamilan. Selepas mereka menerima rawatan rapi, saya menasihati mereka supaya membuat pemeriksaan badan pada bulan ke-3 rawatan rapi. Selama 3 bulan ini, Encik Leong dan isterinya mengikuti semua tunjuk ajar saya iaitu dari pengambilan ubatan, urut titik akupuntur, sup tonik dan suplemen tambahan.


Apa yang terpuji adalah walaupun Encik Leong sibuk dengan kerjanya dari siang ke malam, Puan Leong tetap mengikuti panduan saya yang mana memasak sup tonik dengan menyesuaikan diri dengan masa kerja suaminya. Alangkah baiknya jika pasangan dapat menaruh semua kasih-sayang dan mempersama-samakan usaha dalam menjayakan kehamilan. Peluang kehamilan juga akan bertambah. Selepas 3 bulan, laporan ujian analisa air mani Encik Leong mencapai keberhasilan yang mana kuantiti sperma terdapat 6 juta/millimeter , motiliti adalah 70% dan kuantiti sperma yang normal setinggi 80%. Ini memang menyukacitakan. Encik Leong mungkin perasan sendiri sentiasa kerja lembur dan pastinya kesihatan akan terjejas.


Lagipun dia juga berasa gelisah terhadap indeks kuantiti sperma akan menurun jika tidak mengambil ubatan. Jadi Encik Leong meminta supaya meneruskan rawatan rapi. Carta suhu Puan Leong juga berjalan semakin lancar. Saya juga memberi tunjuk ajar kepada Puan Leong bagaimana mengenalpasti gejala-gejala tempoh ovulasi supaya tidak terlepas berhubungan seks dalam waktu kesuburan . Ini dapat menambahkan peluang kehamilan. Sewaktu tempoh ovulasi yang pertama, berita kehamilan telah disampaikan. Mengikut pengalaman klinikal saya, asalkan semua langkah penjagaan dan panduan diikuti, kadar terdapat berita baik dalam tempoh rawatan rapi adalah cenderung lebih tinggi.


Pada masa kini, majoriti pasangan sibuk dengan mencari rezeki. Sebilangan daripada mereka tidak dapat mengikuti semua panduan saya, memperlahankan atau menangguhkan proses rawatan atas sebab kesibukan kerja. Sekiranya proses rawatan diperlambatkan maka kemajuan juga dilewatkan, kadar kejayaan juga turut menurun. Akhirnya,kehajatan dalam kehamilan kian merosot berlama-lamaan. Selepas 1-2 tahun, keinginan kehamilan mungkin akan dibangkitkan apabila menampak sahabat atau saudara- mara bersuka-ria dengan anak, namun mungkin sudah terlambat sebab sudah terlepas peluang emas kehamilan atau umur kesuburan.


Sewaktu tempoh ovulasi yang pertama, berita kehamilan telah disampaikan. Mengikut pengalaman klinikal saya,asalkan semua langkah penjagaan dan panduan diikuti, kadar terdapat berita baik dalam tempoh rawatan rapi adalah cenderung lebih tinggi.


Pada masa kini, majoriti pasangan sibuk dengan mencari rezeki. Sebilangan daripada mereka tidak dapat mengikuti semua panduan saya, memperlahankan atau menangguhkan proses rawatan atas sebab kesibukan kerja.


Sekiranya proses rawatan diperlambatkan maka kemajuan juga dilewatkan, kadar kejayaan juga turut menurun.Akhirnya,kehajatan dalam kehamilan kian merosot berlama-lamaan.


Selepas 1-2 tahun, keinginan kehamilan mungkin akan dibangkitkan apabila menampak sahabat atau saudara- mara bersuka-ria dengan anak, namun mungkin sudah terlambat sebab sudah terlepas peluang emas kehamilan atau

umur kesuburan.


Untuk mengetahui maklumat dan kisah benar tentang ketidaksuburan dengan lanjut, sila layari laman web ini:https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069556 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list