bicara tentang lemah syawat dan seangkatan dengannya dari segi kesihatan dan perubatan.. bukan citer tentang 18SX semata yer..
boleh share pengalaman dan cara mengatasi.. moga-moga ilmu yang kita dapat kongsi ini membawa kebaikan kepada semua pihak..
lelaki ni kebanyakkan segan nak share kalau ada penyakit dalaman.. sebab malulah, ramai pasangan asyik bergaduh.. punca utama masalah lelaki seperti lemah syawat adalah gaya hidup sebenarnya.. kalau asyik stress, pemakanan tak dijaga, dan tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menyumbang kepada masalah atau penyakit batin..