CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8715|Reply: 7

Riwayat Menyayat Hati Aktor Ahmad Nisfu

[Copy link]
Post time 14-10-2014 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Riwayat Menyayat Hati Aktor Ahmad Nisfu

SENIMAN Ahmad Nisfu antara aktor Jalan Ampas yang cukup kita kenali sedari kecil lagi kerana beliau banyak membintangi filem-filem Tan Sri P.Ramlee. Tapi bagi Ayie sebab paling utama kenapa orang mengingati beliau kerana watak-watak lakonannya yang sangat berkesan, dengan dialog yg cukup bersahaja dan mengelikan hati.

“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap
menjadi pojaan hati ku.”


Petikan dialog Ajis lakonan Datuk Aziz Sattar cukup MELEKAT dalam kepala kita melalui filem Seniman Bujang Lapok, ucapanyang ditujukan kepada Tuan Director lakonan Ahmad Nisfu benar2 buat kita ketawa terbahak-bahak.

Seniman Ahmad Nisfu Meninggal Dalam Serba Kedaifan Dan Sebatang Kara


Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.


Pelakon yang berasal dariTanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Dari situlah bermulanya kerjaya Ahmad Nisfu sebagaipelakon filem.

Walaupun hanya memegang watak pembantu, Ahmad Nisfu seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang gaji yang diperolehi digunakan untuk menyara dirinya seorang kerana Ahmad Nisfu  hidup sebatang kara, tiada isteri, saudara mara atau keluarga ketika di Singapura.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah dengan beramal ibadat di masjid di kawasan tempat tinggal beliau dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hilang Punca Mata Pencarian Hidup


Sehinggalah penutupan Studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah mendedikasikan titik peluhnya dalam dunia lakonan filem-filem melayu. Namun selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu mula hilang punca mata pencarian hidup. Filem Puaka antara filem2 terakhir lakonan beliau.

di kubu perang atau pillbox seperti inilah Ahmad Nisfu meninggal dunia


Meneruskan Hidup Dengan Bantuan Ehsan Dari Orang Ramai


Disebabkan tiada lagi punca rezeki tambahan pula usia yang sudah tua, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada pendapatan juga, Ahmad Nisfu memilih untuk tinggal di kubu perang atau pillbox di Jalan Labu. Di situ jugalah tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif keseorangan tanpa saudara mara mahupun ahli keluarga.

Pernah Menjadi Imam Untuk Seketika


20 persen - babak dari filem 3 Abdul
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Di kedai kopi itu juga dulunya tempatpelakon tambahan,Shaw dan Cathayberkumpul. Dari situlah mereka diambil menjadi ‘pak pacak’ dgn gaji$5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, beliau juga sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai sop itu terletak di lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan kari ikan dan dalca rusuk kambing.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi). Mungkin kerana keuzuran beliau tak lama menjadi imam disitu. Kerana usia tua, dia hidup berteduh dikubu perang di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai. Lama dia tinggal bersendirian disitu menerima ehsan orang kampung di sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam kedaifan. [O]


Antara Filem-filem lakonan Allahyarham


Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Pendekar Bujang Lapok (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertuaku, Laila Majnun, Siti Muslihat, Tun Fatimah (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Tiga Abdul, Madu Tiga (1964), Dua Kali Lima (1966), Bunga Tanjung, A Go Go 67 (1967), Filem Puaka (1970) dan Mat Karung Guni (1971)

p/s : Ada juga mereka yang setelah membaca kisah menyayat hati nasib seniman2 filem melayu terus tak sanggup lagi melihat filem lakonan mereka. Ayie rasa itu tak sepatutnya berlaku kerana filem2 itulah HARTA yang mereka tinggalkan untuk kita. Mereka tidak meninggal dengan kemewahan harta benda tapi mereka meninggal dengan hasil khazanah seni lakonan bermutu yang terus dapat dinikmati dari generasi ke generasi. ~ PGGP


AL FAATIHAH..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 11:20 AM | Show all posts
sedih baca...Alfatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:13 PM | Show all posts
Sadiq Sigaraga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 04:22 PM | Show all posts
25%
kalau marah kena jual...seluruhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 05:24 PM | Show all posts
Kasihan tulah nasib kalau tidak berkawin.. tiada isteri anak dan saudara...hidup sendiri di kala tua..meninggal tanpa sesiapa disisi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:10 PM | Show all posts
terima kasih kerana menghiburkan kami

Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2014 09:17 AM | Show all posts
BELIAU MENGHIBURKAN KITA TAPI NASIB SENDIRI KESEPIAN...AL FAATIHAH.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Al Fatihah utk beliau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 1.223623 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list