View: 3344|Reply: 12
|
Garaj buruk bernilai RM2.8 juta
[Copy link]
|
|

GARAJ yang terletak di Jalan King, Chelsea ini menjadi garaj paling mahal di Britain. - AGENSI
LONDON – Sebuah garaj kereta yang terletak di Jalan King di Chelsea bakal menjadi garaj paling mahal di Britain apabila dilelong pada harga lebih £550,000 (RM2.8 juta), lapor MailOnline semalam.
Garaj yang hanya berkeluasan 3.35 meter panjang dan 2 meter lebar itu dibina menggunakan kayu serta batu-bata dan hanya boleh memuatkan sebuah kereta.
Sebelum ini garaj berkenaan yang terletak di antara deretan rumah teres dan bangunan lain digambarkan berada di lokasi yang tidak teratur dan tidak strategik.
Bagaimanapun, nilai hartanah di kawasan tersebut termasuk garaj berkenaan melambung tinggi selepas sebuah syarikat pemaju mendapat kelulusan untuk membina sebuah perumahan mewah di kawasan berkenaan.
Pemilik garaj berkenaan melelong tapak tersebut baru-baru ini dan ia dibeli oleh seorang pembida selepas mengetahui ia bakal menjadi lokasi eksklusif tidak lama lagi.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 3.htm#ixzz3GeOao5WH
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu untung .. nilai bukan terletak pada bangunan apa kt tanah tu..tp tanah tu yg buat jadi nilainya tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Pembangunan persekitaran meningkatkan nilai hartanah amat penguntungkan bagi pemiliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
OKB  |
|
|
|
|
|
|
|
bertuah empunya tanah garaj tu |
|
|
|
|
|
|
|
wah manyak untong ooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak bida jamban antik boya yg bakal akan naik harga tanahnya di Gombak apabila MB Ajemin bakal memajukan Gombak setarap LA dan NY |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan garaj yg mahal...
tanah tu yg mahal.....
bygkan kalau jamban curah yg ada kat atas tanah tu....
kompom tajuk berita tu berbunyi....
jamban curah paling mahal didunia...
HAR |
|
|
|
|
|
|
|
x menahan tajuk, padahal yg mhl tanah tu, bukan garaj.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang tu terletak di garaj buruk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|