CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3826|Reply: 0

Bolehkahsaya merawat tumor payudara selepas hamil?

[Copy link]
Post time 23-11-2014 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Sekiranya anda merasai terdapat ketulan pada payudara,janganlah bimbang dan panik. 90% daripada ketulan pada payudara adalah bersifat benigna .(bukan kanser) tetapi perlu menemui doktor untuk mendapat diagnosis yang selanjutnya. Ujian ultrabunyi payudara,mammogram (X-ray payudara) atau biopsy boleh dijalankan.

Majoriti ketulan pada payudara adalah bersifat jinak seperti Fibroadenoma, Fibroadenosis atau sista (cysts) dan lain-lain lagi. Antaranya terdapat 1/10 daripada ketulan payudara akan berubah menjadi ganas. Jadi walaupun ia bersifat benigna, perlu merujuk kepada doktor untuk mendapat pemantauan berkala dan perawatan sekiranya ia bertambah besar. Sifat ketulan pada payudara adalah berlainan dengan perbezaan lingkungan umur.

Secara lazimnya,ia merupakan Fibroadenosis atau sista sekiranya umur penghidap tidak melebihi 30 tahun. Kalau penghidap adalah berada di lingkungan umur 30-50 tahun, maka kebanyakan ialah Fibroadenosis atau kanser payudara. Selain itu, ketumbuhan ketulan selepas tempoh menopaus (putus haid) sebahagian besar ialah kanser payudara.

Adakah Fibroadenoma akan memberikesan buruk kepada ibu hamil? Secara lazimnya, kebanyakan penghidap Fibroadenomaboleh menerima perawatan selepas hamil, dan sebahagian kecil penghidap akanmengalami saiz ketulan Fibroadenoma bertambah besar akibat perubahan hormonsemasa waktu kehamilan.

Justeru, rawatan perluditentukan dengan merujuk kepada beberapa unsur seperti saiz ketulan,lokasi danperubahan ketulan yang mungkin berlaku semasa hamil dan sebagainya.

Bagi golongan penghidap yangpernah hamil, anda boleh mengambil keputusan sama ada menerima perawatanselepas hamil dengan mengikuti keadaan kehamilan seperti perubahan saiz ketulanFibroadenoma selepas hamil. Sekiranya saiz ketulan kian menjadi besar, makaperlu membuat pembedahan pembuangan dengan secepat mungkin. Sebaliknya bolehbertimbang untuk membuat pembedahan pembuangan selepas kelahiran anak danpenyusuan.

Ketulan Fibroadenoma tidak akanmengakibatkan keguguran. Tetapi ibu hamil berisiko mengalami keguguran  semasa pembedahan yang mana rangsangankesakitan akan menyebabkan pengecutan rahim.

Demi menjamin keselamatan ibuhamil dan janin, ibu hamil yang menghidap ketulan Fibroadenoma pada awalkehamilan boleh membuat pembedahan sewaktu pertengahan kehamilan sedangkanmenghidap pada akhir kehamilan boleh membuangkan ketulan selepas kelahirananak.

Pada masa yang sama, keadaanbadan penghidap juga perlu diutamakan. Biarpun Fibroadenoma tidak berbahaya tetapiia mungkin berubah menjadi ganas kalau berlanjutan hingga 20-30 tahun.

Secara dasarnya, seelok-eloknya menjalankan pembedahan untuk  membuang ketulan Fibroadenoma. Tiada kesan ketara jika mengambil rawatan ubatan. Penghidap Fibroadenoma adalah dinasihat berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan berkala dengan 6 bulan sekali (pada hari ke9-11 kitaran haid)

Selain itu, kebanyakan penghidap Fibroadenoma berasa bimbang bahawa pembedahan akan mendatangkan kesan negatif kepada penyusuan bayi. Ini bergantung kepada lokasi ketulan Fibroadenoma yang mana sekiranya ia berlokasi di bawah bahagian payudara dan berdiameter 2cm dan ke atas, perlu membuangkan secepat-cepatnya. Ini disebabkan ia akan menjejaskan proses pengeluaran susu .

Tambahan pula, selagi membuat pembedahanpada bahagian payudara berkemungkinan merosakkan saluran susu dan mempengaruhi proses pengeluaran susu,akhirnya mengakibatkan Mastitis (radang buah dada) jika susu terkumpul dalam jumlah yang besar.

Ketulan bersifat benigna yang tumbuh pada payudara boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis:

Fibroadenoma
Ketulan licin yang luarbiasa pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak dibawah kulit apabila diperiksa. Paling biasa berlaku di kalangan wanita berumur 15-30 tahun.

Fibroadenosis
Ketulan luarbiasa yang tidak merbahaya di payudara,menyebabkan payudara rasa berketul ketika diperiksa dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon Estrogen dan Lutein dan ia biasanya berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30-50 tahun.

Sista payudara
Juga dikenali sebagai tumor cecair dimana ia relatif umum berlaku pada kaum wanita yang berusia 35-50tahun. Kesakitan yang teruk akan terasa sekiranya ia bersifat akut iaitu saiz bertambah besar secara tiba-tiba. Kebanyakan sista tidak merbahaya tetapi kalau ia merupakan sista komplikasi, maka berisiko tinggi ia akan bertambah buruk.


untuk maklumat kesihatan wanita dalam versi bahasa melayu, sila layari laman web ini

https://www.facebook.com/notes/l ... n-r/848973591814492
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036368 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list