Menanggung rungutan dari suami mengenai ketidaksuburan
Pada 3 tahun yang lepas, Puan Ang yang berbadan saiz kecil datang bertemu dengan saya. dia datang sendirian dan saya tertanya-tanya kenapa suaminya tidak datang bersama yang mana usaha yang dipertaruh dalam kehamilan haruslah dipersama-samakan antara pasangan.
Puan Ang mengata benar bahawa suaminya bukan sahaja bersikap bertentangan berjumpa dengan doktor bahkan juga membantahi temujanji ini. Kitaran haid Puan Ang tidak teratur yang mana datang haid 1-2 bulan sekali.
Apa yang memeranjatkan saya ialah Puan Ang baru berusia 25 tahun pada masa itu, tetapi aliran haidnya agak kurang yang mana terbanyak juga hanya berkekalan 1-1 /2 hari sahaja.
Puan Ang yang berbadan kurus kekurangan jantung darah, juga mengalami sakit belakang badan,pening kepala. Pasangan itu berkahwin 18 bulan dan tidak mencegah kehamilan, tetapi masih tiada berita kehamilan. kerisauan bertandang di hatinya.
Sebelum ini, dia juga mengambil ubat kesuburan selama 1 bulan dan ini memberi kesan buruk terhadap badannya yang mana menghadapi masalah jantung berdebar,tiada selera dan perut berangin. Demi mengatasi masalah kesihatannya, saya menyarankan dia menerima rawatan rapi yang mengandungi VHC formula selama 9 bulan. Meskipun Puan Ang sibuk kerja,sering jatuh sakit dan memperlambatkan proses rawatan sebab terpaksa berhenti mengambil ubat.
Tetapi dia bersikap tabah hati dan tidak menyerah, menurut semua langkah dan tunjuk ajar yang saya berikan seperti mengambil ubat secara rutin,masak sup tonik,urut titik akupuntur dan mencatat carta suhu. Akhirnya, Puan Ang berjaya menghabiskan rawatan rapi dalam 1 tahun.
Semasa rawatan Puan Ang berlanjut ke bulan ke-9,laporan ujian hormonnya menunjukkan bahawa indeks LH,FSH dan Estradiol agak ideal dan memang bersesuaian dengan kaedah kehamilan alami. Tetapi masih tiada berita kehamilan disampaikan.
Nampaknya kegagalan hamil secara alami adalah punca daripada suaminya. Puan Ang memberitahu saya bahawa suaminya sudah menerima rawatan daripada doktor perubatan cina pada 6 bulan yang lepas. Demi mencari faktor-faktor masalah kehamilan pasangan itu, saya mencadangkan Encik Ang membuat ujian analisa air mani. Laporan mengambarkan bahawa jumlah sperma hanya 9juta/millimeter,motiliti hanya 5%.
Jika berpandukan dengan usianya 31 tahun, keputusan ini memang buruk sekali. Saya menasihatinya supaya megambil keputusan untuk memelihara kesihatannya sedangkan isterinya sudah mengusahakan diri dalam memperbaiki keadaan badan sendiri. Sekiranya dia masih tidak mengambil tindakan maka akan memperlewatkan masa kehamilan.
Dalam sepanjang 1 tahun ini, Puan Ang telah banyak menaruhkan usaha dan masa untuk menghabiskan semua langkah rawatan seperti mencatat suhu badan setiap hari,mengambil ubat yang mengandungi formula VHC secara rutin,masak sup tonik setiap minggu (sesetengah dimasak 1 bulan sekali) mengamat-amati waktu ovulasi,malah perlu diet pada sesetengah jenis makanan.
Tambahan pula perlu menanggung tekanan emosi dalam sepanjang masa ini. Lagipun keberbahayaan dalam kehamilan semakin meninggi serentak dengan usia yang semakin meningkat.
Saya harap agar Encik Ang akan menghargai usaha isterinya. Akhirnya,Encik Ang mengambil ketetapan untuk menerima rawatan rapi selama 9 bulan. Sebelum rawatan bermula, saya mencadangkan dia membuat utrabunyi skrotum demi mengesahkan sebab-sebab yang memburukkan kualiti sperma. Setelah laporan dikeluarkan, Encik Ang didiagnosis mengalami Spermatocele ( kantung abnormal (kista) yang berkembang di epididimis). Selepas 3 bulan rawatan, kuantiti spermanya meningkat dari 9juta sehingga 1.5juta /millimeter.
Morfologi sperma juga menaik dari 70% kepada 84%. Namun demikian, motiliti masih tiada terdapat kemajuan yang ketara. Encik Ang meneruskan pengambilan ubat sehingga bulan ke-6 dalam rawatannya, berita kehamilan disampaikan. Puan Ang berjaya hamil. Berita baik ini memang menceriakan,yakni kualiti sperma Encik Ang yang sudah diperbaiki menjayakan kehamilan.
Saya yakin bahawa sekiranya Encik Ang dapat mengatasi masalah ini sejak awal, maka berita kehamilan mungkin akan datang dengan lebih awal lagi. Pendek kata, masalah ketaksuburan kaum lelaki adalah semakin umum pada masa sekarang.
Atas sebab tekanan kerja dan bebanan tangggungan keluarga, kebanyakan kaum lelaki menghadapi masalah kuantiti dan kualiti sperma yang tidak ideal. Jadi, berjumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang selanjutnya sekiranya terdapat masalah ketaksuburan.
Untuk maklumat kesihatan wanita dan kesuburan, sila layari https://www.facebook.com/notes/l ... ran/852256808152837
https://www.facebook.com/notes/l ... ran/852256808152837
|