CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3798|Reply: 15

erk.... korang sanggup tak??

[Copy link]
Post time 9-12-2014 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Kampung Di China Minum Tahi Lembu dan Kambing Untuk Merawat Kanser..



Penduduk kampung Jinshicun di Wilayah Hunan China telah menemui cara yang agak pelik sekali untuk mengekalkan kesihatan. Mereka sebenarnya sedang minum ramuan campuran tahi lembu kambing yang mereka fikir adalah penawar ajaib untuk merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.


Penduduk kampung berkata, mereka terjumpa perubatan itu apabila seorang wanita tua tempatan  menderita penyakit kanser telah bangun pada satu hari dengan permintaan pelik - dia menyuruh anaknya untuk mengumpul najis haiwan sebanyak mungkin. Anaknya dipatuhi, tanpa memikirkan kenapa ibunya menyuruh diab erbuat demikian.

"Saya telah disahkan menghidap kanser paru-paru Januari lalu dan walaupun telah keluar masuk hospital tiada rawatan yang mampu melawan penyakit itu" jelas Shuang Ma, berusia 66 tahun. "Dan kemudian saya telah bermimpi di mana satu suara memberitahu saya untuk mencampurkan tahi lembu dengan tahi kambing. Apabila saya bangun, saya mengarahkan anak saya melakukan apa yang saya mimpi dan dia pergi melakukannya juga. "



Ma mengeringkan semua tahi itu pada matahari dan dihancurkan membentuk serbuk. Kemudian dia menambah air pada serbuk itu dan meminum ramuan itu. Tidak lama kemudian, dia mendakwa bahawa dia 'berasa lebih baik'. Walaupun beliau tidak melakukan pemeriksaan di hospital untuk sebarang pengesahan atau susulan sejak dia mula mengambil ubat itu, penduduk kampung mempercayai penemuan rawatan dia itu.


Tidak lama kemudian semua penduduk kampung mahu mencuba penawar untuk diri mereka sendiri. Orang pertama yang lakukan adalah Xian Li berusia 40 tahun, yang menderita penyakit sakit puan. Selepas meminum ramuan tahi ajaib itu, beliau dilaporkan bertambah baik juga. "Selepas mendengar tentang bagaimana ia telah menyembuhkan Ma, saya mula minum ubat beliau dua kali sehari selama tiga bulan. Kini saya lebih baik" katanya.

Apabila semakin ramai penduduk kampung yang menggunakan ramuan ajai itu, Seorang doktor di China mendapati ianya tidak perlu untuk mengeluarkan amaran tentang bahaya ramuan itu. "Tahi Lembu dan kambing telah digunakan pada zaman purba China sebagai satu cara untuk mengepam keluar toksin dan haba," akui Liu Shaogui, seorang doktor di Universiti Perubatan Hunan China. "Walaubagaimanapun, mereka yang mencuba kaedah ini menghadapi risiko jangkitan bakteria dan parasit jika tahi tidak dirawat dengan betul."

Penduduk di China juga ada yang mengkritik ramuan penawar itu sehingga membuatkan semua penduduk kampung percaya kerana kejahilan mereka. "Berita yang sangat menyayat hati," tulis seorang pengguna. "Saya tidak boleh percaya bahawa pada abad ke-21 dan di negara yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia, masih ada orang yang merawat kanser dengan cara sedemikian. Siapa yang sanggup minum ramuan sedemikian sekiranya seseorang mempunyai wang?"




Sumber: odditycentral.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 12:42 PM | Show all posts
ohhh..sbb mmpi je?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:54 PM | Show all posts
huhu xgamak nk telan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:19 PM | Show all posts
kite kena taik cicak pon dah menggelupur basuh...!! ni kan plak nak minum...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:36 PM | Show all posts
hahahahaha......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:14 PM | Show all posts
taik tu sendiri dah byk kuman dan bakteria..em...musykil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 05:11 PM | Show all posts
  
macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 05:28 PM | Show all posts
mimpi???

sesuai sgt la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 05:49 PM | Show all posts
baca sambil hirup kopi

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 06:34 PM | Show all posts
Euwww sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 10:12 AM | Show all posts
Dah sakit kanser, berubat pun tak baik2. So minum taik kambin pun minumlah, janji baik
Bluwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:11 AM | Show all posts
kembang tekak! wekkkkkkkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 10:48 AM | Show all posts
najis tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 03:47 PM | Show all posts
Kembang tekak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:39 PM | Show all posts
Ingatkan kopi, bila tengok tajuk rupa-rupanya taik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.083196 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list