CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3792|Reply: 6

jangan pandang abang bangla sebelah mata lagi ok...

[Copy link]
Post time 10-12-2014 07:23 AM | Show all posts |Read mode
                    Anda Tidak Pernah Sangka Yang Rakyat Bangladesh Seorang…Sebelum Menjadi Buruh Di Malaysia                

               
Pada tahun 1973, pejuang Bangladesh menyertai rakyat Mesri, Syria dan Palestin menentang Israel semasa Perang Oktober. Mengikut Fathi Abu al-Aradat “Terdapat sekitar 1000 hingga 1500 daripada mereka. Terdapat juga Batalion-batalion yang semuanya adalah warga Bangladesh”
Pada tahun 1980, terdapat beribu-ribu rakyat Bangladesh datang ke Lubnan sebagai sukarelawan dan menyertai pejuangan Palestin. Menurut Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, pada tahun 1987, kerajaan Bangladesh dilaporkan telah menawarkan seramai 8000 belia untuk menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin. Penawaran tersebut berlaku selepas lawatan Yasser Arafat ke negara tersebut.
Laporan itu juga menyatakan beberapa tokoh tentera Bangladesh telah dihantar ke Palestin untuk mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.
Setiausaha Fatah, Fathi Abu al-Aradat memberitahu Al-Akhbar “Saya masih ingat mereka ini sangat berdisiplin. Mereka mempunyai semangat yang luar biasa. Apabila Israel menyerang dan menawan beberapa pejuang Bangladesh, mereka berkata ‘PPP, tidak kepada Israel’ walaupun diseksa dengan teruk. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan pejuang lain.”
Ziyad Hammo, seorang pegawai PFLP-GC memberitahu “Mereka mempunyai bakat ketenteraan tetapi banyak bertugas sebagai pembawa senjata dan penjaga pejabat tertentu. Tetapi jika mereka dikehendaki berjuang, mereka akan berjuang.”
Kamal Mustafa Ali warganegara Bangladesh pernah digelarkan sebagai ‘wira yang syahid’. Beliau bersemadi di pinggir Kem Pelarian Shatila. Di atas batu nisan beliau, terukir ayat al-Quran
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”

Kamal Mustafa Ali syahid semasa pertempuran menentang Israel di ‘Castle of the High Rock’, terletak di wilayah selatan Nabatiyeh yang diperintah oleh Kerajaan Lubnan.
Pada tahun 2004, kubur Kamal Mustafa Ali telah digali dan mayat beliau telah dihantar pulang ke Bangladesh dan disemadikan disana sebagai mengingati pejuang beliau menentang Israel.
SUMBER: [url=http://thevocket.com/rakyat-bangladesh-pernah-jadi-penjihad/%28http://english.al-akhbar.com/node/20432%29]Al-Akhbar[/url]
                       
                                       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 11:01 AM | Show all posts
Ni baru betul2 berani punya abam Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:25 AM | Show all posts
Sekarang ni lagi ramai yang berjuang untuk mendapatkan rezeki di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:57 AM | Show all posts
kalo semua umat islam bersatu..insha allah xkan ada musuh yg dpt kalahkn mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:43 PM | Show all posts
bangladesh ni negeri dia kecik jer tapi penduduk dia 166 juta orang...tak boleh dibayangkan 166 juta orang dimuatkan kat negeri sarawak...itu la contohnya...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:01 PM | Show all posts
banyaknya .x reti ke kurangkan anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 10:19 PM | Show all posts
deme sgt aktif dan produktif melahirkan waris....sebab tu leh cecah 166 juta..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.578809 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list