CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1674|Reply: 0

Pola pemakanan berkhasiat sebelum kehamilan adalah penting

[Copy link]
Post time 25-1-2015 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Pola pemakanan berkhasiat sebelum kehamilan adalah penting untuk menjaminkan kesihatan bayi anda kelak

Perkembanganjanin berkaitan rapat dengan pola pemakanan ibu hamil adalah satu kenyataanyang diketahui umum. Namun kebanyakan kaum wanita hanya mengutamakan polapemakanan yang sihat dan seimbang selepas hamil.


Secara lazimnya, kaum wanita relatif mengendahkan pemakananyang sihat sebelum hamil. Mengamalkan pola pemakanan yang seimbang berpengaruhterhadap kesihatan ibu hamil dan janin,terutamanya ia penting dalam peringkatawal kehamilan yang mana merupakan tempoh pembentukan organ janin.

Dalam peringkat ini, sumber khasiat janin adalah kebanyakanbergantung kepada nutrisi yang tersedia dan diserap oleh ibu hamil sebelumkehamilan. Jadi,seseorang kaum wanita yang merancang untuk hamil, bersiap sediadengan memakan dengan seimbang dan sihat. Ini bukan sahaja untuk kesihatansendiri, bahkan juga demi menjamin kesihatan bakal bayi dengan mempunyai tubuhbadan yang cergas.

Pola pemakanan yang perlu diamalkan sebagai langkahpersediaan untuk hamil :

1.Mengamalkan pola pemakanan yang seimbang

Secaradasarnya, seseorang wanita yang merancang untuk hamil haruslah memakan dengansihat pada 3 bulan-6 bulan sebelum merancang beranak. Keseimbangan pemakananadalah diutamakan. Ambillah jumlah yang sesuai dalam makanan yang mengandungiprotein,lemak,karbohidrat,vitamin,mineral dan sebagainya. Semua nutrien inimerupakan keperluan mendasar dalam perkembangan janin.

Kumpulan 1
Bijirin : termasuk beras,bijian. Membekalkankarbohidrat,protein,serat makanan dan Vitamin B yang mana ia merupakan sumbertenaga yang utama.

Kumpulan 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan : membekalkan seratmakanan,mineral,vitamin dan karotena. Secara lazimnya,sayur-sayuran yangberwarna kemerahan,kehijauan dan kekuningan tua serta buah-buahan yang berwarnakekuningan tua adalah lebih kaya dengan nutrien.

Kumpulan 3
Ikan,udang,daging(termasuk daging lembu,kambing danayam),telur : membekalkan protein,lemak,mineral,vitamin A dan vitamin B.Sebagai peringatan,nutrien yang terdapat dalam golongan makanan di atas adalahberbeza-beza.

Kumpulan 4
Hasil tenusu dan kekacang : selain daripada banyakmengandungi protein dan vitamin,ia juga kaya dengan kalsium yang mana merupakansumber kalsium yang alami. Makanan kekacang kaya dengan protein,asid lemak taktepu,kalsium dan vitamin B1,B2 dan lain-lain lagi.

Kumpulan 5
Lemak dan berminyak : termasuk minyak sayuran dan berfungsisebagai pembekal tenaga. ia juga membekalkan vitamin E dan asid lemak yangdiperlukan.

Kelima-limajenis makanan di atas adalah tidak dapat silih berganti, jadi memastikan limakumpulan makanan utama diambil dalam pemakanan harian (boleh bergantian jenismakanan yang diambil sekiranya dalam kumpulan yang sama)

Kaumwanita yang merancang untuk hamil seharusnya membandingkan pola pemakanan biasadengan pola pemakanan yang seimbang seperti di atas, membuat penyelarasansupaya memakan dengan lebih berkhasiat. Mendapat nutrisi yang seimbang membantubadan anda bersedia untuk kehamilan.

2.Pengambilan Asid folik
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Iawujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau,telur,hatihaiwan.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan andadaripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spinabifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjangjanin tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan sarafkekal.

Dalam masa 3 bulan pertama kehamilan, otak dan sistem sarafjanin terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangatpenting untuk mengambil asid folik pada masa itu.

3.Penyerapan vitamin

Kekurangankalsium,besi,vitamin A dan sebagainya bukan sahaja menjejaskan kesihatan ibuhamil bahkan juga membawa kesan negatif terhadap tumbesaran janin. Kaum wanitayang merancang untuk mengandung, sarankan supaya mendapat nasihat daripadadoktor mengenai jenis vitamin yang perlu diambil dan menyelaraskan tabiatpemakanan.

Makanan yang kaya dengan besi dan mudah diserap termasukhati haiwan,daging tidak berlemak dan sebagainya.
Makanan yang kaya dengan kalsium termasuk hasiltenusu,susu,ikan kecil,tauhu.
Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk hatihaiwan,telur,susu penuh dan sebagainya.
Makanan yang kaya dengan karotena termasuk sayuran danbuah-buahan yang berdaun hijau tua,warna kuning dan merah seperti bayampocoi,lobak merah,cili,mangga dan sebagainya. Karotena akan berubah menjadivitamin A dalam tubuh badan.

4.Mengelakkan nutrien yang berlebihan

Pengambilannutrien yang seimbang adalah penting tetapi janganlah menjadi berlebihan yangmana berat badan ibu hamil yang terlampau atau kegemukan akan membawa kesanburuk terhadap kehamilan dan pelahiran. Ia juga membawa risiko dalam mengalamipenyakit diabetes kehamilan dan hipertensi kehamilan.

Demimenjamin perkembangan janin berjalan secara lancar, ibu hamil dinasihati supayatidak berdiet semasa kehamilan. justeru, harap agar kaum wanita yang berbadangemuk seharusnya menurunkan berat badan sehingga ideal dengan cara bersenam danpemakanan sihat sebelum merancang untuk mengandung. Di samping itu, nutrientambahan seperti kalsium,besi,vitamin A juga perlu diambil dalam jumlah yangsesuai. Ini disebabkan nutrien yang berlebihan akan memudaratkan ibu hamil danjanin.

Pendekkata, seseorang kaum wanita sepatutnya menjaga kesihatan diri denganmengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan memperolehi nutrien dalam jumlahyang sesuai sebelum hamil. Ini dapat menjamin badan anda berada dalam keadaanyang ideal dan melahirkan bakal bayi yang sihat,cerdas dan cergas.


Untuk maklumat yang lanjut, sila layari laman ini:
https://www.facebook.com/notes/l ... kes/886081174770400
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035858 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list