CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Remy_3D

Wujudkah Ketamadunan Melayu?

[Copy link]
Post time 31-8-2004 04:56 AM | Show all posts
Kerajaan Funan Kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak abad pertama Masihi lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya ( ada pendapat mengatakan bahawa Kaundinya adalah orang luar, mungkin datang dari India, Tanah Melayu atau pulau-pulau di sebelah selatan)). Inilah negeri kuasa besar yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara yang mempunyai beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya (kerajaan Tun Sun, Tu-kun, Ciu Cih/Cu-li, Langkasuka).

Pemerintah Funan yang paling masyhur ialah Fan Shih-man yang dikatakan telah menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Ia merupakan negeri perniagaan laut yang terawal sekali di Asia Tenggara yang mempelopori Srivijaya kemudian. Ibu kotanya yang mula ialah Vyadhaputra dan bandar pelabuhannya ialah Go-Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Tapak peninggalan pelabuhan itu menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan pantai Teluk Siam, Tanah Melayu, Indonesia, India, Parsi dan Mediterranean.

Pada ketika itu pelabuhan itu terletak di tengah-tengah perjalanan laut yang sibuk iaitu di antara China dengan Barat.Kerajaan ini ditewaskan pada akhir abad ke-6 oleh seorang ketua pemberontak dari Chenla yang bernama Bhavavarman. Kerajaan Chenla ini dianggap sebagai kerajaan pra-Angkor. Kerajaan Chenla dikalahkan oleh Maharaja Indra (787-812), rajan Srivijaya dari keturunan Sailendra di Jawa. Kerajaan ini menjadi jajahan Srivijaya selama 28 tahun hingga tahun 802M.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2004 04:56 AM | Show all posts
Kerajaan Angkor, Kejatuhan kerajaan Chenla menaikkan Kerajaan Angkor dengan Jayavarman II (802 – 850M) di Barat Laut Kemboja sebagai rajanya yang pertama (atas bantuan kerajaan Srivijaya). Ibu kota Angkor terletak di Indraputra.Di kalangan raja-raja Angkor, Raja Suryavarman 1 (1002-1050), seorang putera raja Tambralinga merupakan raja yang terkenal dengan perluasan kekuasaan Kemboja. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan Suryavarman II, Angkor membentuk empayar yang luas ( 1113 – 1150 M). Empayar angkor meluas hingga ke wilayah Mon di Lembah Menon dan Tambaralinga di Selatan Thai. Empayar Angkor mencapai puncak kekuasaan semasa diperintah oleh Jayavarman VII (1181 – 1218M). Champa dikuasainya ( 1203-1220M). Angkor juga meluaskan kuasanya ke atas Pagan di Myanmar. Kerajaan Angkor mengalami kelemahan akibat migrasi orang-orang Thai dari utara dan pukulan yang membawa kejatuhannya ialah serangan kerajaan Ayuthya pada tahun 1432
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 04:57 AM | Show all posts
Kerajaan Sukhotai, Sebenarnya orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunan, China. Apabila kerajaan mereka, Nanchao ditakluki Mongol pada tahun 1253 mereka berpindah ke selatan. Perpindahan mereka ke selatan itu telah menyebabkan penubuhan kerajaan Sukhotai dan melemahkan kerajaan Kemboja. Pengasasnya ialah Rama Khamheng (1275-1317) , putera Sri Indrachtya yang menakluki Sukhotai pada tahun 1238. Rama Khamheng telah meluaskan kawasannya ke utara Tanah Melayu, Ligor dan Pattani. Kematian Rama Khamheng menjadikan kerajaan Sukhotai menjadi lemah hinggalah munculnya kerajaan Ayuthya pada tahun 1350.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 05:00 AM | Show all posts
Bentuk Pemerintahan Tamadun Melayu

Di Alam Melayu, sistem pemerintahan berajanya merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja adalah ketua kerajaan yang mengamalkan kuasa mutlak. Raja berkuasa membuat undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Raja dianggap oleh rakyatnya sebagai dewa (atau dewaraja) atau tuhan di muka bumi. Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak tanduk raja. Raja dibantu oleh para pegawai dalam pentadbiran negara. Perlantikan para pegawai secara berangka seperti Pembesar 4, Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32 dipengaruhi oleh astrologi Hindu. Begitu juga dengan sistem pewarisan pemerintahan berasaskan keturunan dipengaruhi oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu ini semakin jelas dalam adat istiadat pertabalan raja,penggunaan alat-alat pertabalan seperti pedang dan rantai yang digunakan oleh tuhan-tuhan orang Hindu. Raja memainkan peranan aktif dalam bidang ekonomi. Raja menguasai sumber-sumber ekonomi utama seperti pungutan cukai, tenaga buruh dan aktiviti perdagangan. Raja menggunakan golongan Brahman (sami Hindu) untuk menonjolkan kekuatan dan keistimewaannya menerusi cerita dongeng, legenda dan metos. Undang-undang dipengaruhi oleh Kod Manu dan Dharmasastra. Sistem tataurus negarapula dipengaruhi oleh karya Arthasastra.

Kita boleh lihat contoh sistem pemerintahan beraja ini dalam kerajaan Angkor dan Srivijaya. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Angkor, raja dianggap sebagai dewaraja. Raja menjadi ketua negara dan ketua tentera. Raja mempunyai kata pemutus dalam hal perundangan.Raja dibantu oleh sebuah majlis menteri ( yang terdiri daripada para menteri, pemimpin tentera dan hakim), gabenor wilayah, ketua daerah dan ketua kampung. Para pegawai tinggi dikehendaki mengambil peperiksaan kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan ilmu pengetahuan. Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Srivijaya pula, raja juga berkuasa mutlak dan dianggap sebagai dewaraja. Dalam pentadbiran negara, raja dinasihati oleh sebilangan menteri. Pentadbiran Kerajaan Srivijaya terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah. Pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat (seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman). Pentadbiran ketenteraan diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada pemerintah dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan. Kerajaan Kedah Tua juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh menteri dalam mentadbir negara. Setiap daerah diketuai oleh pembesar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 05:03 AM | Show all posts
Sistem Pentadbiran  Tamadun Melayu

Di Alam Melayu pentadbiran dijalankan melalui pentadbiran pusat dan wilayah. Ini ternyata dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu.(kecuali Negeri Sembilan) yang diwarisi dari sistem politik Kesultanan Melayu Melaka. Unit politik yang terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja/sultan. Apabila sesebuah negeri itu meluaskan empayarnya seperti kerajaan Melayu Melaka, Srivijaya, Majapahit dan Acheh, negeri dibahagikan kepada beberapa jajahan/daerah yang diketuai oleh para pembesar. Pembesar diberi hak memerintah oleh raja. Tugas mereka ialah menjaga keamanan wilayah pentadbirannya dan mengutip cukai daripada penduduk di wilayahnya. Sebahagian cukai itu diserahkan kepada raja. Wakil raja yang memerintah di wilayah jajahan dikehendaki memberi taat setia kepada raja.Bagi wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pentadbiran, kuasa mentadbir diberi kepada pemerintah tempatan tetapi kesetiaan dan mematuhi perintah raja di pusat pentadbiran hendaklah diberikan.

Di Melaka, ketua pentadbir ialah sultan. Pentadbiran bagi tanah jajahan Melaka ialah ‘raja’ atau ‘pemerintah’ kawasan itu sendiri yang memerintah dengan restu istana Melaka. Mereka mengakui kedaulatan raja Melaka selepas negeri mereka dikalahkan. Kawasan yang ada hasil bijih timah, Mandulika dilantik menjadi pentadbir dan bertanggungjawab terus kepada raja Melaka. Kawasan taklukan Melaka diberi kuasa hak memerintah, kuasa undang-undang, kuasa awam dan jenayah dan kuasa peraturan dan adat tempatan masing-masing. Walau bagaimanapun untuk hukuman bunuh, ia tetap di tangan raja Melaka.

Srivijaya juga diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sebilangan pembesar dalam pentadbiran negara. Di sini, pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu. Beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada raja dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2005 07:50 PM | Show all posts
aku ader perasan tahun lepas kat surat khabar penemuan keris lama (keris semenanjung) kat istana/kuil lama kat jepun hasil kajian diaorang keris tu hasil pemberian dari keraajan sriwijaya kepada duta jepun maser tu...

makner nya hubungan keraajan melayu sebelum islam hingga ke jepun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2005 09:00 AM | Show all posts
Agaknya teori yg menyatakan org jepun sebenarnya asal dari tanah jawa boleh jadi benar....tak caye cuba  tgk pada nama mereka mcm ada kesamaan. hehehe.. suparjo!  satsumoto
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2005 09:41 AM | Show all posts
Kalau tak silap diantara kerajaan Melayu yg pertama wujud(setakat diketahui oleh pengkaji sejarah)adalah Kerajaan Melayu Champa yg wujud sekitar abad ke2 sehingga ke 17.Kerajaan ini wujud di sekitar Kemboja dan Vietnam Selatan sekarang.Pusat pemerintahannya yg awal adalah di wilayah Vietnam Selatan.Mereka bertutur di dalam bahasa Melayu Cham dan beragama Buddha pada awalnya.Mereka kemudiannya memeluk Islam(tidak pasti kurun berapa).

Yang pastinya utk mengekalkan survival bangsa Melayu Cham,kerajaan ini terpaksa berperang dan berjuang berkurun2 lamanya dgn kerajaan Vietnam di utaranya yg wujud di sekitar lembah Sg Mekong.Satu demi satu wilayah  Melayu Champa terlepas ke tangan org2 Vietnam yg lebih ramai dan kukuh ekonominya.Bangsa Vietnam semakin berkembang dan meluaskan pengaruhnya akibat limpahan kemakmuran yg dinikmati hasil dr kegiatan pertanian dan ekonomi di Lembah Sg Mekong ketika itu.

Org Melayu Cham semakin ditekan apabila mengalami kekalahan demi kekalahan dalam siri peperangan dgn org Vietnam.Akhirnya mereka berundur ke selatan sehingga ke Kemboja dan wilayah utama mereka di selatan Vietnam terus ditelan olen kerajaan Vietnam sehingga hari ini.

Sisa2 dan saki baki Melayu Cham masih boleh didapati hingga hari ini di Kemboja,dikenali dgn nama Melayu Kemboja dan sebahagian drpnya turut berhijrah ke Terengganu(wujudnya nama Kg Cham).Org2 Melayu Kemboja ini turut mengalami nasib yg malang di bawah regim polpot yg memerintah Kemboja satu ketika dulu.Puluhan kalau tidakpun ratusan ribu umat Islam Melayu Kemboja tlh menjadi mangsa penghapusan etnik.

Hari ini Melayu Cham hidup dalam keadaan amat dhaif,sebahagian menjadi pelarian di Malaysia.Kalau kita perasan kita boleh jumpa org2 Melayu Kemboja di sini kebanyakannya berniaga kain.:cry:

[ Last edited by rempo on 8-2-2005 at 09:43 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matsom This user has been deleted
Post time 13-2-2005 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 8-2-2005 09:41 AM:
Kalau tak silap diantara kerajaan Melayu yg pertama wujud(setakat diketahui oleh pengkaji sejarah)adalah Kerajaan Melayu Champa yg wujud sekitar abad ke2 sehingga ke 17.Kerajaan ini wujud di sekita ...

terperanjat beruk aku baca melayu champa ada sejak kurun-2 masihi... tapi lepas google kejap aje dapat pengesahan! terima kasih :bgrin:

http://www.limsi.fr/Recherche/CIG/echampa.htm
http://mcel.pacificu.edu/as/students/vb/CHAm.htm

[ Last edited by matsom on 13-2-2005 at 03:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 11:40 AM | Show all posts
LAAAAAA, KERAJAAN LANGKASUKA TU HAPERRRRRRR????????

BACA SAT............


kerajaan yg pertama ditubuhkan di selatan Thai ialah Langkasuka....

kemudian wujud lah Pattani yang menjadi penerus kerajaan Langkasuka

kerajaan Langkasuka adalah kerajaan dari Rumpun Melayu yang pertama.

Langkasuka merangkumi seluruh Selatan Thai dan Utara Malaysia( Kedah,Kelantan)

maka..orang2 Melayu Selatan Thai memang Penduduk Asal bagi Selatan Thai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by action_kamen at 7-2-2005 07:50 PM:
aku ader perasan tahun lepas kat surat khabar penemuan keris lama (keris semenanjung) kat istana/kuil lama kat jepun hasil kajian diaorang keris tu hasil pemberian dari keraajan sriwijaya kepada du ...


action kamen ko masukan yg ni ker...



Surprising find at Okinawa temple



BY DEVID RAJAH



OKINAWA: An ancient blade of a keris found recently at the royal Enkakuji Temple grounds near the 15th century Shurijo Castle might unravel the ties the Malay world had with these southwestern islands of Japan.

As the war-ravaged Enkakuji Temple was being restored, construction workers stumbled upon a protruding porcelain pot handle at a spot where offerings were made to the gods.

The ensuing archaeological dig unearthed nine other items, including the wavy blade of a keris, foreign to this part of the world.  




SOMETHING DIFFERENT: A staff member of the Okinawa Prefecture Archaeological Centre showing the blade of the keris found at the Enkakuji Temple grounds.


Historians believe the keris could be from either Malacca or Java as Okinawa and the its surrounding islands under the old Kingdom of Ryukyus had diplomatic and trade ties with ancient cities and ports in Asia, including Malacca, before it became a part of Japan in 1879.  

The blade measuring 22.1cm from the tip to hilt was found without the handle and sheath, as the wooden parts had been destroyed.  

According to the Okinawa Prefecture Archaeological Centre officials the blade was found buried along with other items, including a clay plate with carvings of a dragon shaped boat, a glazed pot, a gold-plated door hinge and a metal door skirting.

The castle restoration work started in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while restoration work at the temple is still ongoing.  

Prof Dr Kurayoshi Takara a historian from the University of The Ryukyus said the discovery had not been publicised much and is unknown to people outside Okinawa and Japan.

He believes the discovery of the blade of a keris would spark international interest among historians and archaeologists to determine its origin.

揑 personally believe it could have been from Malacca because the Ryukyus Kingdom had started trading with Malacca in the 15th century,
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 17-1-2004 02:23 AM:
majapahit tu bukan jawa ker.hehe

srivijaya (sumatra) tu memang tamadun melayu...dikatakan empayar melayu terbesar sebelum melaka.funan,campa pun dikira tamadun melayu.

kalo tamadun islam...ki ...




JAWA  tu  tergolong dalam RUMPUN MELAYU

  atau juga disebut sebagai  MALAYO-POLINESIAN .



  Rumpun Melayu = Malayo-Polinesian
     
  Rumpun Melayu terdiri drp  Local Malay ( suku Melayu ),

  Jawa ,  Bugis ,  Betawi ,  Sunda,

  Betawi ( @ Bawean ) , Minangkabau ,   Mandailing ,   Acheh ,  

  Kadazan-Dusun , Bajau, orang Sulu/Suluk ,

  orang Filipina , orang Cham ( di Kemboja, Laos ,& Vietnam )

  orang Selatan Thai ( Penduduk Asal Selatan Thai iaitu dari Kerajaan
  Langkasuka & Patani )

  dan banyak lagi termasuk di Kepulauan Pasifik ( Palau , Marshall Islands ,

  New Zealand ,Hawaii  ).


Selain itu RUMPUN MELAYU juga terdapat di TAIWAN ( sbg
  PENDUDUK/ORANG ASLI TAIWAN ) yg terletak di ASIA TIMUR.

  




p/s:  Orang Myanmar bukanlah dari Rumpun Melayu,

       Orang Siam pun BUKAN ,

       Orang Vietnam/Laos/Kemboja juga BUKAN ( kecuali suku CHAM yg  
       merupakan PEMBINA TAMADUN CHAMPA pd ZAMAN DAHULU ) .

  
  
                     :solute:                               :solute:

[ Last edited by senyum_77 on 1-3-2005 at 04:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 04:25 PM | Show all posts
RUMPUN MELAYU maknanya suku2 bangsa yg

berasal dari SATU INDUK Yg   mempunyai CIRI2 Persamaan dr

segi   BAHASA , BUDAYA , & MUKA @  FIZIKAL yg sama seperti suku Melayu ( Local Malay )
.




Mereka mempunyai SURVIVAL WORDS ( perkataan2 YG Terselamat )

contohnya;  1.  Lima ( five in English )

                   2. Tlu   = Tiga ( three in English )

                   3.  Mata      ( eye in English )

                   4 .  dan lain2 lagi

  Mereka juga mempunyai CIRI2 fizikal yg serupa.

  Atau bermaksud MUKA MELAYU ( Rumpun Melayu )



:solute:                              :solute:



Jelas  di sini ,  bahwa  orang JAWA ialah RUMPUN MELAYU !!    :solute:

[ Last edited by senyum_77 on 1-3-2005 at 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 04:53 PM | Show all posts
tahniah senyummmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2005 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2005-2-28 07:22 PM:


action kamen ko masukan yg ni ker...


Surprising find at Okinawa temple

BY DEVID RAJAH

OKINAWA: An ancient blade of a keris found recently at the royal Enkakuji Temple  ...


menarik la artikel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 1-3-2005 05:52 PM:


menarik la artikel ni...



aku baca artikel ni pun tak sangka kerajaan melayu dulu ader hubungan diplomatik ngan Pemerintah Jepun Atau Pemerintah Ryukyu (Okinawa)

[ Last edited by  HangPC2 at 3-2-2008 06:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 06:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061921 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list