View: 2286|Reply: 1
|
Van Persie Akui Prestasi Buruk, Kontrak Berbaki 18 Bulan
[Copy link]
|
|
ROBIN VAN PERSIE mengakui prestasinya agak buruk pada musim ini dan tidak mengetahui sama ada Manchester United sedia melanjutkan kontraknya yang bakal tamat dalam tempoh 18 bulan lagi.
Hubungan baik antara Van Persie dan pengendali kelab itu, Louis van Gaal teruji pada pusingan pertama Liga Perdana Inggeris apabila penyerang berkenaan gagal melaksanakan tugas sebagai penyudah dengan baik.
Bagaimanapun penyerang Belanda itu berjaya memulihkan semula prestasinya pada pertengahan liga dengan menjaringkan lapan gol.
Begitupun dalam saingan Piala FA menentang Cambridge United baru-baru ini, Van Persie gagal menghasilkan gol meskipun mempunyai peluang terhidang.
Van Persie yang telah menyumbang 26 gol untuk membawa United merangkul kejuaraan liga selepas meninggakan Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £24 juta turut mengakui sedia memberikan lebih sumbangan kepada kelab itu.
"Pada musim ini saya bermain dalam 20 perlawanan dan menjaringkan lapan gol. Saya tidak gembira dengan keadaan itu. Saya mahu menjaringkan lebih banyak gol.
Saya telah melakukan pelbagai usaha dan berlatih setiap hari termasuk hari perlawanan. Saya masih melakukan perkara sama sejak 10 tahun lalu," jelasnya.
sumber:m.star.online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara aje tu. Form is temporary, class is permanent.. RvP GGMU! |
|
|
|
|
|
|
| |
|