View: 5290|Reply: 4
|
Alpha-Bloom / AlphaBloom produk bahaya
[Copy link]
|
|
Berhati-hati ketika menggunakan produk ini. Jangan terlalu ghairah untuk kurus. Produk ini tidak berdaftar dengan KKM dan ia merbahaya. Boleh memudaratkan kesihatan. Nak kurus, bersenam dan amalkan cara hidup yang sihat. Tak perlu makan ubat daripada mereka yang hanya mengejar untung.
#AlphaBloom
#AlphaBloomRacun
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Klau ubat2 camni je packaging dia,memang takut nak makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti produk repacking ni,
nk kurus bersenam n diet yg tratur je,
klu mkan pil kurus tp tetap makan
x ingat dunia, jogging pn malas,
gym jauh skali, cemane la ??,
jauhkn la pil2 kurus mcm ni, slap2 bleh bwk maut, jgn obses sgt nk kurus. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa u kata produk ni bahaya sis ada yg dah kena ke..dia ni jual mmg produk ni rasanya repacking..nama pun cipta sendiri kot...mahal gila kat 4 ratus kena maintain sebulan coz import..kan skang byk kat ig owner bt sendiri repack balik brand sendiri..n harga lain2 mcm georgousleem tu pun sama kan..kat indon x sampai 50 ape harga dia |
|
|
|
|
|
|
|
Ubat ini adalah beracun. Ia tidak didaftarkan pada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam masa yang sama ia sudah dibungkus semula dan itu juga telah menyalahi undang-undang. terdapat garis panduan untuk perniaga di Malaysia terutama yang melibatkan Ubat-ubatan dan ia juga perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat dibawah kementerian kesihatan. Jika kawan-kawan anda menggunakan ubat ini, sila hentikan kerana ia boleh memberi kesan yang tidak baik untuk buah pinggang dan organ-organ dalaman.
Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?
Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di laman www.pharmacy.gov.my. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|