“Dr H’ng, tahun ni seronoknya dapat menraikan tahun baru cina dengan kandungan, hajat ibubapa dapat ditunaikan pada akhirnya.” Ujar pasangan Teoh. Pasangan ini mengusahakan kerjaya mereka di Amerika selepas berkahwin. Tiada berita kehamilan dalam 3 tahun walaupun tidak membuat pencegahan kehamilan. Masalah ini membimbangkan hati Puan Teoh dan tertanya-tanya apa punca masalahnya. Jadi, dia memutuskan untuk membuat pemeriksaan badan dengan suaminya untuk mengesahkan tahap kesuburan. Laporan ujian menunjukkan bahawa kuantiti sperma Encik Teoh agak kurang yang mana tidak sampai 10 ribu/millimeter dan morfologi juga kebanyakan abnormal. Puan Teoh pula mengalami PCOS yang mana tidak berovulasi pada setiap kali kedatangan haid,lagipula meminum arak (meminum bir 3 kali dalam seminggu). Ini memang tmenjejaskan kesuburannya. Pada mulanya, mereka meminta bantuan daripada pakar kesuburan di hospital semasa di Amerika. Puan Teoh diberitahu bahawa sebahagian ovarinya berisiko mengalami kanser dan perlu didiagnosis dengan selanjutnya. Akhirnya keputusan adalah positif. Puan Teoh membuat lagi sekali ujian ultrabunyi pelvis semasa berumur 32 tahun dan didiagnosis bahawa terdapat gejala penuaan pada ovarinya. Berita ini amat memeranjatkan dia. Justeru, dia mengambil keputusan membuat ujian pelvis lagi semasa pulang ke Malaysia. Keputusan adalah sama. Doktor telah meramalkan bahawa dia akan mencapai menopause (henti haid) selepas 2 tahun. “saya baru berusia 32 tahun ni, tak mungkin saya akan henti haid selepas 2 tahun?!” Pasangan ini bertemu dengan saya selepas diperkenalkan oleh kawannya. Puan Teoh kelihatan agak gementar dan risau semasa saya meneliti dan menganalisis laporan ujiannya. “Dr H’ng, masalah saya sangat serius ke? Ada apa-apa penyelesaian? masih sempat? ” Memandangkan Puan Teoh yang gelisah dan panik, saya cuba menyenangkan hatinya, ”berdasarkan keadaan badan anda berdua, selagi dapat menghabiskan rawatan rapi selama 9 bulan bagi Encik Teoh dan 12 bulan bagi Puan Teoh, termasuk penyelarasan dalam tabiat pemakanan dan sup tonik. Ini akan memberi hasil dalam memperbaiki kesihatan. dan atas sebab anda berdua kerja di luar negara, mungkin tabiat pemakanan nak selaras pun susah sikit, tapi cubalah seupaya-upayanya.” Akhirnya, pasangan ini mengambil ketetapan untuk menjalankan rawatan rapi. “Dr H’ng, setiap tahun saya balik ke Malaysia, saya memang harap dapat membawa anak bersama-sama. Tapi tahun ini sudah tahun keempat. Usia saya juga semakin meningkat,ovari pula mengalami penuaan. Saya memang takut dan risau tiada peluang lagi untuk beranak. Tiada peluang lagi untuk membawakan cucu kepada ibubapa saya. saya harap dapat menceriakan mereka.” sepertimana setiap pasangan yang meminta bantuan daripada saya, selain daripada menganalisis laporan ujian dan carta suhu mereka, saya juga banyak memberikan galakan dan sokongan agar Puan Teoh dan suaminya dapat meneruskan rawatan dengan lebih bergigih dan berkeyakinan. Biarpun mereka bekerja di Amerika tetapi penjarakan jauh ini tidak mempengaruhi pemantauan lanjutan dan hubungan sesama kami. Atas sebab mereka tidak dapat membuat temujanji lanjutan,jadi mereka mengemelkan laporan ujian dan tahap kemajuan serta refleksi dalam pengambilan ubatan, ini memudahkan saya memberi ubatan preskripsi. Ubatan ini akan dihantarkan melalui saudara-mara mereka. Selain itu, mereka mengambil ubat secara rutin juga amat terpuji. Dari segi tabiat pemakanan pula,meskipun mereka menghadapi kesulitan dalam mencari bahan-bahan masakan dan ubatan Cina, tetapi Puan Teoh masih menurut saranan saya dengan mencari bahan masakan yang sesuai untuk memasak sup tonik. Ini memang menyukacitakan saya. Sewaktu rawatan rapi memasuki bulan ke 6, kuantiti sperma Encik Teoh sudah meningkat dari 10 ribu/ millimeter kepada 10juta/millimeter. Paras hormon Puan Teoh juga ideal. Puan Teoh berjaya hamil semasa dia memulakan rawatan rapi bulan ke-7(bulan September 2014). Tetapi kerisauan bersarang di mindanya dan saya memperingatkan dia bahawa usah risau asalkan mengikuti segala langkah waspada kehamilan yang saya berikan. Pada bulan lepas, Puan Teoh menelefon saya “Dr H’ng, tahun ni seronoknya dapat menraikan tahun baru cina dengan kandungan, hajat ibubapa dapat ditunaikan pada akhirnya.” Selain daripada mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, saya mengingatkan dia supaya membuat pemeriksaan kehamilan secara rutin dan mengambil ubatan pemeliharaan kandungan yang saya berikan, yang pentingnya mengistirahatkan diri dan menyambut kedatangan cahaya mata.
|