View: 1819|Reply: 0
|
Bolehkah golongan ibu hamil menaiki kapal terbang?(1)
[Copy link]
|
|
Golongan ibu hamil yang seharusnya mengelakkan menaiki kapal terbang
Atas sebab penerbangan semasa menaik atau menurun akan membawa tekanan udara yang tinggi,ketakseimbangan dan gegaran semasa terbang di paras ketinggian udara,ini akan menimbulkan ketidakselesaan bagi ibu hamil dan janin. Jadi ibu hamil yang pernah mengalami kondisi seperti di bawah disarankan sebaik-baiknya mengelakkan daripada menaiki kapal terbang:
1.Ibu hamil yang pernah mengalami keguguran,kelahiran pra-matang,thrombosis vena.
2.Kehamilan ektopik,ketaknormalan rahim atau ketaknormalan lokasi plasenta,berisiko kelahiran pra-matang,keguguran.
3.Atau mengalami penyakit seperti hipertensi,diabetes,sakit jantung,anemia yang serius,asma peradangan vein dan lain-lain lagi.
Sekatan bagi ibu hamil yang ingin menaiki kapal terbang
1 ibu hamil yang kandungan berusia kurang dari 32 minggu, anda dibenarkan menaiki kapal terbang sebagai penumpang biasa selain dari ibu hamil yang tidak mendapat kebenaran membuat perjalanan daripada doktor.
2 ibu hamil yang kandungan berusia melebihi 32 minggu tetapi kurang dari 35 minggu, dapatkan surang kebenaran bertulis daripada doktor untuk mengesahkan bahawa anda selamat untuk membuat perjalanan tersebut. Surat kebenaran tersebut seharusnya disahkan oleh doktor dalam 7 hari sebelum menaiki kapal terbang.
3 ibu hamil yang berada keadaan seperti di bawah biasanya tidak diberi kebenaran untuk membuat perjalanan oleh syarikat penerbangan:
- Ibu hamil yang kandungan berusia 35 minggu ke atas
- Tarikh jangkaan bersalin dalam lingkungan 4 minggu
- Tarikh jangkaan bersalin yang berdekatan tetapi tidak dapat menentukan tarikh yang sah, dan kehamilan berganda atau berisiko mengalami komplikasi dalam kelahiran
- Selepas kelahiran yang tidak melebihi 7 hari
Langkah waspada ibu hamil menaiki kapal terbang
1 . Cuba memilih tempat duduk yang dekat dengan lorong agar ibu hamil dapat bangun dan berjalan-jalan dengan mudah.
2 . Bangun dan berjalan-jalan sejam sekali dalam perjalanan jauh untuk mengelakkan berlakunya thrombosis (darah beku). Juga boleh membuat gerakan atau aktiviti regangan yang mudah seperti mengerakkan kaki tangan.
3. Ibu hamil cenderung mudah terasa lapar,jadi sediakan makanan ringan.
4. Memakai baju yang longgar dan selesa. Letakkan bantal di belakang badan untuk mengurangkan gegaran. Ikatkan tali pinggang keledar di bahagian bawah perut dan di bahagian atas paha.
5. Sekiranya berlaku kecemasan dalam perjalanan seperti kesakitan perut,pendarahan faraj,pengecutan rahim,pengeluaran cairan akibat kepecahan amnion,pengeluaran ketulan darah atau tisu dari faraj dan lain-lain lagi, meminta bantuan daripada pramugari.
6. Meminum air dengan jumlah yang sesuai dan mencukupi. Ini disebabkan ibu hamil berkemungkinan mengalami gejala seperti loya dan dehidrasi apabila semakin tinggi paras kapal terbang.
7. Memakai kasut yang senang dipakai dan ditanggal. Ibu hamil mungkin akan menanggalkan kasut dalam perjalanan dan mendapati bahawa kasut susah dipakai akibat pembengkakan kaki. Jadi, sediakan kasut yang selesa dan simpel.
8. Ibu hamil yang berada dalam kandungan berusia 13 minggu –32 minggu merupakan waktu yang sesuai dan stabil untuk membuat perjalanan. Pada waktu kehamilan ini, mabuk hamil sudah berlalu dan kadar keguguran juga rendah.
untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan kesuburan, kehamilan , sila layari lah:
https://www.facebook.com/notes/l ... ng1/893424247369426
|
|
|
|
|
|
|
| |
|