|
BINTANG The Red Giants, Andik Vermansyah optimis pasukannya mampu menghadirkan tentangan sengit menjelang saingan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Menurutnya, faktor bermain di laman sendiri bakal menjadi satu kelebihan Selangor untuk mengejutkan pasukan kendalian Bojan Hodak itu.
"Pemain Merah Kuning kini kian serasi selepas melalui dua perlawanan liga. Kami berjaya mencuri satu mata semasa berkunjung ke Kuantan tempoh hari.
"Saya lihat ada peningkatan terutamanya melibatkan persefahaman antara rakan sepasukan. Ini sesuatu yang bagus selepas beberapa tonggak utama berhijrah ke pasukan lain musim ini.
"Cuma, saya harap pemain lain terus fokus dan pamerkan aksi konsisten setiap perlawanan akan datang," katanya selepas meledak gol sulung untuk Selangor semasa bertemu Pahang, Sabtu lalu.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Selangor memaklumkan tiket mula dijual pada Jumaat di Pintu Utama (Kuadran A) serta hari perlawanan.
Tiket juga boleh dibeli menerusi www.tickethotline.com.my dan ditebus di pintu utama Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
sumber:sinar harian
|
|