CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 0

Durakovic: Kami memang berlatih sepakan penalti

[Copy link]
Post time 2-3-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode


JURULATIH Selangor, Mehmet Durakovic akui pemainnya sudah dipersiapkan segala kemungkinan termasuk berlatih sepakan penalti kerana sedar Felda United bukan calang-calang pasukan.
       
        Perkara itu terbukti apabila pertemuan di Selayang berkesudahan 2-2 dalam masa sebenar sebelum The Red Giants keluar sebagai pemenang.
       
        "Ya, sebagai pemain profesional, mereka sudah diingatkan bersedia apa jua keadaan termasuk menghadapi penentuan penalti. Kami berjaya melaksanakan tugasan ini.
       
        "Kami berjuang 100 peratus dan bagai tak percaya boleh bangkit mengikat Felda. Sekarang, masa kami untuk meraikan kejayaan ini," katanya  selepas perlawanan.
       
        Sementara itu, Durakovic terkejut dengan layangan kad merah kepada Andik Vermansyah yang disifatkan bagus sepajang permainan.
       
        "Begitu juga seperti K Gurusamy, Hadi Yahaya, semua pamer aksi terbaik. Saya puas hati," katanya.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.346664 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list