|
Produk seperti peranti mudah-alih dan gajet sebelum ini tidak dikenakan cukai, dan pengenalan GST serba-sebanyak akan memberikan kesan terhadap kenaikkan harga untuk produk-produk seperti gajet dan telefon pintar. Bercakap mengenainya, pihak Asus Malaysia turut mengatakan produk mereka tidak terkecuali daripadanya.
Menurut Asus Malaysia, beberapa produk sedia ada mereka di pasaran akan terkesan dengan perkara ini, dan akan memperlihatkan sedikit kenaikkan harga berbanding harga jualan sebelum ini.
Walaubagaimanapun, produk baru seperti Transformer Book Chi dan Zenbook UX305 yang diperkenalkan semalam tidak akan mengalami kenaikkan harga. Asus turut mengatakan produk baru yang bakal diperkenalkan mereka kelak dalam bulan-bulan akan datang akan dihitung dan tidak akan memberikan kesan yang besar terhadap harga jualan akhir.
Menurut Asus juga, kelak pengguna akan biasa selepas beberapa bulan GST diimplementasikan, apatah lagi dengan pengenalan produk baru atau kemaskini untuk produk sedia ada yang bakal hadir ke pasaran dalam beberapa bulan lagi.
kredit:www.amanz.my
|
|