Larian pantas mengelirukan pemain lawan dan kemahiran licik tidak berjaya dipamerkan oleh penyerang sensasi Malaysia Faizal Saari pada perlawanan Piala Sultan Azlan Shah ketika menentang Australia dan dia akui dirinya tidak berada di dalam prestasi terbaiknya.
Penjaring terbanyak Kejohanan hoki Sultan Azlan Shah edisi 2013 yang telah berehat lebih daripada dua bulan terpaksa bergelut dengan kecergasan dirinya berikrar untuk memastikan permainan yang lebih kemas pada perlawanan seterusnya.
"Saya masih lagi berusaha untuk mencari rentak permainan saya dan menjanjikan aksi cemerlang pada perlawanan seterusnya," ujar Faizal.
Pemain kelahiran Terengganu ini baru sahaja seminggu sertai skuad negara selepas dan itu merupakan risiko yang diambil oleh pengendali sementara Tai Beng Hai.
Tamparan hebat menanti Faizal dan Malaysia jika dia tidak berjaya meningkatkan prestasinya dalam masa yang singkat sebelum pertemuan dengan India pada perlawanan seterusnya.