Pengendali The Bos Gaurus, Datuk M. Karathu mengambil langkah berani dengan menempatkan import baru Horace James sebagai pemain penyerang walaupun pemain itu sebelum ini berkhidmat sebagai pemain tengah.
Walaupun sudah biasa dengan beraksi sebagai pemain tengah namun pemain kelahiran Jamaica itu berasa teruja dengan keputusan M.Karathu.
"Dia seorang jurulatih yang cukup berpengalaman jadi dia tahu apa yang dia lakukan dan saya teruja dengan visi beliau tentang pasukan ini.
"Sebenarnya posisi penyerang merupakan kegemaran saya namun ianya bergantung kepada jurulatih, saya akan bermain di mana sahaja yang jurulatih mahukan," ujar pemain berusia 3o tahun itu.