|
Pemain pertahanan kelahiran Australia,Matthew Davies akui lega memulakan aksi sulung di kancah bola sepak Malaysia dengan kemenangan, selepas pasukannya Pahang mengatasi Kelantan 2-0 dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Davies tampak tenang mengisi posisi bek kanan Pahang, walaupu kerap diasakan pemain sayap lawan, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria.
Bekas pemain Perth glory ini, turut membantu rakan sepasukan mengatur gerakan memyerang dari sebelah kanan dan berganding baik bersama pemain sayap Tok Gajah, Azidan Saarudin.
Bagi Davies, pengalaman di Liga A, Australia sedikit sebanyak membantunya untuk segera menyesuaikan diri bersama pasukan barunya.
Pada aksi akan datang, Pahang akan berkunjung ke kubu South China dalam aksi Piala AFC pada Rabu, jam 7.55 malam. Sementara itu, pada satu lagi perlawanan melibatkan wakil negara, menyaksikan Johor Darul Takzim menentang Kitchee FC pada Selasa 8.40 malam dan ia akan disiarkan secara langsung menerusi Fox Sports.
sumber:www.stadiumastro.com
|
|