CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3214|Reply: 3

Subaru Outback serba baharu telah dilancarkan – Harga RM225k

[Copy link]
Post time 30-4-2015 05:22 PM | Show all posts |Read mode


Merancakkan lagi industri pasaran automotif di Malaysia, Subaru, menerusi pengedar rasminya, Motor Image Malaysia, telah melancarkan model Outback serba baharu. Menawarkan pengalaman prestasi tinggi, pengendalian yang penuh responsif dan juga keselesaan tanpa batasan.

“Model Outback baharu ini menggabungkan kemewahan dengan teknologi inovatif Subaru yang menambahkan lagi pengalaman pemanduan, efisien dan dan keselamatan. Kami berharap Outback ini mampu memberikan nilai yang terbaik buat para pelanggan di rantau Asia ini,” ujar Glen Tan, Pengarah Eksekutif, Tan Chong International Ltd.

Subaru Outback baharu ini dijanakan oleh enjin 2.5i-S empat-silinder Boxer yang turut menawarkan casis, stereng, suspensi dan brek yang telah diberi penambah baikan.

Malahan, prestasi bagi pengendalian off-road juga telah dipertingkatkan dengan sistem Symmetrical AWD dan X-MODE. Di mana dengan kedua-duanya menambah keupayaan prestasi pemanduan pada permukaan jalan yang yang kurang baik dan juga mengoptimakan kawalan enjin, pacuan empat-roda, dan brek.

Tidak dilupakan berhubung dengan sistem keselamatan aktif dan pasif yang telah diberi penambah baikan. Ia turut dilengkapi dengan ABS, EBD, empat beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, ISOFIX dan juga Bantuan Mula Mendaki.

Selain itu, imej crossover yang ditampilkan bersama bentuk badan yang lebih mantap, tayar yang lebih besar dan juga dapra yang lebih maskulin memantapkan lagi imej SUV ini.








Paras rupa luaran SUV ini turut diberi penambah baikan, termasuk mengurangkan kadar seretan angin dengan mempertingkatkan aliran udara bahagian belakang, secara tidak langsung menyumbang pada faktor pengurangan bahan api ketika jentera ini dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

Bahagian kabinnya juga tidak ketinggalan di dalam menerima penambah baikan, ini termasuklah kluster meter dial-berkembar dengan gambaran tiga-dimensi dan juga roda stereng tiga-jejari bersama butang pelbagai fungsi. Malahan, material yang digunakan bagi bahagian kabinnya lebih berkualiti tinggi.








Antara elemen yang melengkapi bahagian kabin termasuklah kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, dua-zon penghawa dingin automatik, corong udara pada tempat duduk belakang, kawalan kelajuan, pengesan suara, pedal penukar gear dan brek parkir elektronik.

Selain itu, ia juga ditampilkan dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci dengan sambungan Bluetooth, kamera undur dan sistem bunyi Harman Kardon Green Edge bersama 12 pembesar suara.

Bagi ruang dalamannya, ia memiliki ruang yang cukup bersesuaian bagi sebuah SUV Crossover. Manakala bahagian kargonya boleh mencapai kapasiti sehingga 1,801 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.

Bersaiz 4815 mm panjang, 1840mm lebar, 1675mm tinggi dan jarak roda 2745mm, Subaru Outback ini turut dipadankan dengan topang MacPherson pada bahagian hadapan dan double wishbone bersama palang penstabilan untuk belakang.

Subaru Outback 2.5i-S ini sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Subaru di seluruh Malaysia bermula 29 April 2015. Ia menawarkan warna pilihan termasukCrystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Crystal Black Silica, Platinum Grey Metallic, Lapis Blue Pearl dan Tungsten Metallic.

Model pemasangan import sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini ditawarkan dengan harga atas jalan RM224,846 bersama insurans dan GST. Ia turut ditawarkan dengan waranti selama lima tahun/100,000 km.

kredit:www.infokereta.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2015 12:16 AM | Show all posts
malaysian jrg suka jenama kereta ni...but it is of good value...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Spare part mudah dpt ke? Akak x tau pasal subaru ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:09 AM | Show all posts
boringggg.........................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.081372 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list