CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3199|Reply: 7

Lelong Rumah

[Copy link]
Post time 14-6-2015 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya saya minat nak beli rumah secara lelong.Sebelum beli saya nak tahu pasal procedure lelong ni..dan satu lagi saya nak belajar selok belok lelong ni..boleh kah orang awam selain bidder masuk dalam mahkamah tu untuk tgk process bidding.Terima kasih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 01:00 PM | Show all posts
Mahkamah mana plak yg buat bid rumah lelong???? rumah tu bank yg lelong..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 12:43 AM | Show all posts
NameTag replied at 16-6-2015 01:00 PM
Mahkamah mana plak yg buat bid rumah lelong???? rumah tu bank yg lelong..

oh ye ke..tak perlu melalui proses mahkamah ke

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:26 PM | Show all posts
NameTag replied at 16-6-2015 01:00 PM
Mahkamah mana plak yg buat bid rumah lelong???? rumah tu bank yg lelong..

ada dua jenis lelongan
satu lelongan melalui mahkamah - untuk property yang ada title
satu lagi lelongan melalui auctioneer - untuk property yang belum/tidak ada title

lelongan melalui mahkamah biasanya lelongan awam - siapa2 boleh bid mengikut syarat pemilikan (bumi/non bumi/malay/non malay etc)
lelongan melalui firma lelong boleh jadi private atau public auction
private auction biasanya kepada syarikat @ individu tertentu saja


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:29 PM | Show all posts
wan_acca replied at 19-6-2015 12:43 AM
oh ye ke..tak perlu melalui proses mahkamah ke

untuk lelongan mahkamah (court auction), boleh tgk iklan dia samada di akhbar atau dekat papan notis mahkamah
boleh pg beli borang dan isi, kemudian beberapa hari sebelum tarikh tu, hantar kembali ke mahkamah
pada tarikh lelongan, pergi ke mahkamah, attend the opening of the tender box
tp make sure sblm tu ko boleh sediakan 10% dari harga yang kau bid
kalau menang, samada ko buat sendiri atau lantik peguam utk tlg uruskan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 01:47 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 22-6-2015 12:29 PM
untuk lelongan mahkamah (court auction), boleh tgk iklan dia samada di akhbar atau dekat papan not ...

Terima kasih..kalau tak menang dapat balik ke 10% tu..dan kalau saya cuma nak tengok proses lelongan dulu boleh ke saya pergi ke mahkamah tanpa jadi bidder.nak belajar selok belok dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2015 02:28 PM | Show all posts
wan_acca replied at 23-6-2015 01:47 PM
Terima kasih..kalau tak menang dapat balik ke 10% tu..dan kalau saya cuma nak tengok proses lelong ...

Dapat balik, on the spot lepas tamat, tapi macam ni la aku bagi tau, yang orang cerita tu biasa yang ikut buku, tapi lelong ni game dia brutal sikit, ramai orang nak tumpang duit kau, kat bawah aku explain :
Rumah yang murah2 tu, ikut rezeki bro, kadang2 "ulat" dah pegang, ko pegi la kat mana flat yang bersepah kat area Lembah Klang mesti ada orang tabur slip kertas kat bawah rumah atau dalam pos box bagitau rumah yang akan dilelong tarikh lelong harga lelong, tapi dia tak bagitau bank mana, dia suruh ko call no kt situ, bila ko call dia cakap dia boleh jadi ko punya wakil nak bid nanti (diorang ni bukan loyar pun), kalau ko ambik diorang kena bayar servis diorang la dapat atau tak dapat, tak berapa bijak jugak la kalau ko ambik diorang ni sebab chances/peluang bila ko pegi sendiri atau amik diorang sebenarnya sama je. Diorang dapat maklumat lelong pun daripada website auctioneers atau bank....Ini aku cerita bab bank lelong bukan lelong pejabat tanah/mahkamah. Kalau bank lelong biasa auctioneers akan sewa tempat, dekat KL depan K**C, ko kena selalu tengok website auctioneers atau bank, kadang2 dekat tempat ATM bank akan letak flyer bila dia nak buat lelong, hari lelong tu ko pegi awal sikit, cek/bank draft dah prepare (biasa 10% atau 5% dari reserave price, ko tengok berapa bank suruh sedia), ambik borang pendaftaran ISI JAUH SIKIT DARI TEMPAT TU, ISI KAT TEMPAT YANG TAK ADA ORANG NAMPAK HARTANAH NO. BERAPA KO NAK BID!!!!!!!! kalau kau isi kat meja tu jugak, baik ko balik je lah, nanti aku explain apa pasal. dah siap isi jangan hantar terus, biasa lelong dia bagitau bila start, katakan lelong start 9.30, 9.28 baru ko hantar. Sebab dia adalah macam ni, semua pihak selain kau, ada kepentingan supaya harta tu terjual dengan harga paling tinggi, katakan rumah reserve price 40K, ko dah pg check dah nilai rumah kat pasaran RM200k ko ingat bank senang2 nak lepaskan ke 40k, memang betul rumah tu dah foreclose/kena rampas, kalau owner dulu hutang cuma 40k kalau bank dapat jual RM200K, RM160K kena bagi balik jugak kat owner dulu tu, tapi itu bank sebagai sebuah institusi, orang dalam dia yang pegang fail tu ko tak fikir hehehe, fail lelong tu lubuk emas, budak bank, auctioneer, runner semua member baik ma.........aku harap ko paham aku berkias tu, jadi untuk push harga tu mesti ada satu dummy punya bidder yang kasi panas line sampai rege naik. Kalao ko tak pecaye boleh try buat berlawanan macam kat atas, datang awal, amik borang, isi borang biar semua orang nampak, pas tu tanya budak register "dah ada orang daftar untuk property ni ke dik?" kalau ade ko tengok berapa orang, lepas tu ko jangan gerak jauh, nanti ko boleh tengok kadang2 walaupun ko dah confirm yang ko the only bidder yg dah daftar, nanti kat dalam tiba2 ada orang approach ko dan ajak slow talk "bro kita due je bidder, gua boleh tarik diri kalau lu bayar sikit". Ko mesti nak tanya kan macam mana dah close register pun masih ada orang boleh masuk, hehehe, paham2 sendiri je lah, member tu tak payah 10% deposit pun hehehe.....kalau ko nak peluang cerah sikit pegi lelongan time dekat nak cuti besar, bila orang start dah balik kampung, sebab time ni ulat pun dah ramai yang balik kampung. Ini aku cerita bab lelong bank kat bandar besar utk hartanah yang bawah 100k biasanya, kalau kat bandar kecik lain sikit kot, tapi aku perati kalau atas RM100K reserve price biasa ulat tak kacau. sebab tu lah melayu kat urban masih susah, rumah tak dapat beli, rumah flat harga lelong bawah RM50K bukan tak banyak tapi banyak sangat melayu cantas melayu time lelong, cari makan atas kesusahan orang lain, last2 semua rugi, tu yg property naik lelong sampai 4-5, sebab yg menang tu tak genuine, aku malas nak cakap, aku pun bukan tinggal kat negara ku yang terchenta lagi, tak tau la nak balik tidak.
ok, itu yang lelong bank, kalau lelong mahkamah atau pejabat tanah biasa buat kat mahkamah atau pejabat tanah. tapi oleh pelelong berlesen, ulat tak ada sebab strict sikit, tapi kadang2 ade jugak orang datang lambat boleh masuk (tapi dia bayar 10% deposit), aku nasihatkan ko tak payah kecoh, biarkan je, lawan je bid kat dalam sebab diorang ni biasa genuine tapi tersesat la, tak dapat cari parking la etc.

Sebelum gi lelong make sure ko tau loan boleh lepas, idak naye je, loan tak lepas 10% pun bye-bye......

aku cadang ko pegi dulu ikut lelongan yang murah, pastikan bukan engkau sorang je la yang bid utk untuk harta tu, masuk dalam bilik lelong duk diam2 x yah bid pun, biar orang lain yang lawan bid, ini just nak berlatih jer, kalah amik balik 10% tu. Kalau menang bid pun banyak keje jugak, nak gi jumpa loyar loan lagi, pegi TNB SYABAS Majlis perbandaran lagi etc tapi kekadang loyar ko setelkan semua.

oh sebelum terlupe SEBELUM pegi bid, !!!!!CHECK!!!!!! dulu rumah yang ko nak bid tu SORI GUNA HURUF BESAR TAPI INI PENTING.Pastikan rumah tu tak da orang, maksudnya rumah tu in vacant possession lah. klu rumah tu ada orang masalah besar lah kau, especially bila ko tengok rumah tu buat sambungan haram elektrik atau air dengan jiran, itu tandanya owner lama masih duduk kat situ dan tak nak keluar, walau bank dah rampas dan api air kena potong. tanya jugak jiran sejarah rumah tu, takut ada orang bunuh diri ke, baik tak yah. Kalau dah menang masuk rumah tu kalau boleh ko check attic/loteng bagai dan tengok apa2 benda pelik, takut ada orang tanam mayat ke apa. kalau ada barang, setakat barang tak berharga tu ko buang la, tapi kalau kereta atau motor tinggal, ko panggil budak tarik kete, biasa kete tu dah tak bayar tu, no plet pun diorang cabut.....sebelum tu ko buat report polis dulu jadi kalau nanti owner lama datang tak lah dia boleh tuduh kau macam2.....

orait harap dapat membantu....




Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:11 PM | Show all posts
bypassthecortex replied at 20-7-2015 02:28 PM
Dapat balik, on the spot lepas tamat, tapi macam ni la aku bagi tau, yang orang cerita tu biasa ya ...

memang membantu sangat2 ni.. aku minat nak beli rumah lelong.. tapi takde pengalaman..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.445971 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list