View: 3039|Reply: 4
|
Kenali Bahan Terlarang Dalam Skincare
[Copy link]
|
|
Apa itu… bahan2 terlarang dalam skin care???
Adakah anda tahu bahan2 yang digunakan dalam produk skincare anda??? Adakah ia selamat??? Mengapa setengah2 produk dilarang pengunaan di Malaysia?? Tahukah anda setengah2 produk boleh menyebabkan kanser???
Memang semua orang nak cantik dan MaCun (Macho & Cun). Naluri manusia memang mengharapkan dipuji dan disanjung.
Kita berhabis duit untuk membeli produk2 penjagaan kulit dan kesihatan untuk tampil sehat dan bergaya.
Pantang ada produk baru di pasaran mesti hendak dicuba.
Tetapi kita jarang sekali ingin mengetahui apakah bahan2 yang digunakan dalam produk yang dibeli. Memang lumrah orang Malaysia ingin mendapat kesan yang amat drastic… kalau boleh pagi guna petang dah dapat kesannya. Ini adalah satu fenomena yang amat tidak sihat.
Keberkesanan produk tidak terletak kepada harga produk tersebut. Ia dipengaruhi oleh kondasi kulit kita dan bahan2 yang digunakan. Secara lazimnya produk yang bagus adalah produk yang tidak memberi kesan sampingan kepada penguna. Tak takut ker kena kanser dan penyakit kronik yang lain…
Oleh itu kita sebagai penguna mesti mengambil tahu bahan2 yang digunakan oleh kita dan ahli2 keluarga kita.
Disini saya ada huraikan secara ringkas bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan diri jika gunakan dalam produk penjagaan kulit dan kesihatan.
Hydroquinone:
Digunakan untuk mencerahkan kulit. Diharamkan di UK, diketegorikan sebagai bahan yang paling toksik di pangkalan data EWG’s Skin Deep, dan dikaitkan dengan penyebab kanser dan pengalak ketoksikan dalam badan.
Coal Tar atau Tar arang batu:
Ia adalah karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser diharamkan di Kesatuan Eropah, tetapi masih digunakan di Amerika Utara. Digunakan dalam rawatan kulit kering, anti-kutu dan syampu anti-kelemumur.
DEA / TEA / MEA:
Ia diketegorikan sebagai karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser yang digunakan sebagai pengemulsi dan ejen-buih dalam syampu, produk-produk mandian dan sabun.
Ethoxylated surfactants and 1,4-dioxane atau Surfaktan Ethoxylated dan 1,4-dioksana:
Bahan ini tidak disenaraikan sebagai bahan merbahaya. Ini kerana adalah bahan tambahan yang dibuat daripada menambah karsinogenik etilena oksida untuk membuat bahan kimia lain kurang aktif. Environmental Working Group (EWG) telah menemui 1,4-dioksana dalam 57 peratus jenama mandian bayi di Amerika Syarikat. Elakkan pengunaan produk dari bahan-bahan yang mengandungi huruf "eth."
Formaldehyde atau Formaldehid:
Ia adalah karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser dan boleh menyebabkan radang yang terdapat dalam produk kuku, pewarna rambut, bulu mata pelekat palsu, syampu. Diharamkan di EU.
Fragrance atau Pewangi:
Mengandugi bahan kimia yang berbahaya seperti phthalates. Pewangi boleh menyebabkan sakit kepala, pening kepala, asma, dan alahan.
Lead atau Plumbum :
Dikenali sebagai Karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser yang terdapat dalam gincu dan pewarna rambut, tetapi tidak pernah disenaraikan kerana ia adalah satu bahan tercemar dan ia bukan diketegorikan sebagai bahan ramuan.
Mercury atau Raksa:
Diketegorikan sebagai salah satu bahan toksik yang boleh menyebabkan alahan. Ia merosakkan perkembangan otak. Selalunya digunakan dalam maskara dan beberapa jenis ubat rawatan mata.
Mineral oil atau Minyak mineral:
Ia adalah produk petroleum yang yang digunakan dalam minyak bayi, pelembap, gel penggayaan. Ia mewujudkan satu lapisan yang merosakkan keupayaan kulit untuk menyahkan toksin.
Oxybenzone:
Ramuan aktif dalam produk pelindung kulit dari cahaya matahari, ia adalah kimia yang akan terkumpul di dalam tisu lemak dan menyebabkan alergi, gangguan hormon, kerosakan sel, berat lahir rendah bagi bayi.
Parabens:
Digunakan sebagai bahan pengawet yang terdapat dalam banyak produk. Ia menyebabkan kanser, gangguan endokrin atau hormon, kerosakan peranakan.
Paraphenylenediamine (PPD):
Digunakan dalam produk rambut dan pewarna, tetapi toksik kepada kulit dan sistem imun.
Phthalates:
Bahan pemplastik diharamkan di EU dan California dalam permainan kanak-kanak, tetapi hadir dalam banyak minyak wangi, deodoran, losyen. Ia menyebabkan gangguan endokrin atau hormon, hati / buah pinggang / kerosakan paru-paru, kanser.
Ekstrak plasenta:
Digunakan dalam beberapa produk kulit dan rambut , ia menyebabkan gangguan endokrin atau hormon.
Polietilena glikol (PEG):
Ejen mempercepatkan penyerapan digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit dan kesihatan, ia sering tercemar dengan 1,4-dioksana dan etilena oksida, kedua-dua adalah karsinogen atau bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Bagaimana nak tahu produk yang kita gunakan selamat??? Senang aja… tengok kat kotak atau label… ada tak kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ia dilabelkan dengan nombor NOT xxxxxxx. Ini bermaksud produk itu telah dihantar ke KKM untuk memastikan produk itu selamat digunakan dan terhindar dari bahan2 yang terlarang. Kalau was-was dapatkan kepastian dari KKM.
Sebagai orang Islam, kita wajib memastikan produk yang kita gunakan itu halal. Memanglah produk dari Korea bagus dan effective… tapi adakah ia halal. Kebanyakan produk penjagaan kulit Korea mengunakan kolagen dari babi… dan bahan2 yang digunakan memang selamat tapi tidak halal. Tak geli-geleman ker pakai kolagen babi kat muka pastu bawak sembayang.
Pasni kena pastikan bahan2 yang digunakan didalam produk yang kita pakai adalah dari bahan2 yang selamat dan halal.
Bagi saya memanglah produk import to Nampak GAH tapi adakah ia halal?? Saya memilih produk tempatan yang mempunyai kelulusan KKM dan Jakim. Biarpun tak vogue tapi kita yakin ia halal dan selamat.
PM saya laju kalau nak dapat sebarang tip dan nasihat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terlajak laris ada parabens kan? |
|
|
|
|
|
|
|
takpayah guna sabun, pencuci, shampuu kalau takut sgt dgn bahan kimia. the obvious are mercury and hyroqunoin. yang lain2 macam paraben mmg la wajib ada kat dalam pencuci, kalau tak macam mana nk bertahan lama. nak jadi pengguna bijak silalah tgk peratusan bahan kimia yang ada kat dlm satu2 produk.
seirously, just don't worry because worrying is not healthy for you. |
|
|
|
|
|
|
|
You can buy parabens-free products in the market now... |
|
|
|
|
|
|
|
https://facebook.com/groups/1705452319702665
korng try ler joined group ni tgh rancak sekarng sembang psl local produk kt Malaysia ni..hah yg bestnye pembeli je yg bole joined hehe..penjual skincare x bole klu dorng iklankn ..kene out dr group |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|