CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 0

Penawar demam denggi kini di pasaran

[Copy link]
Post time 13-8-2015 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Kajian pakar telah mendapati jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar demam denggi sudah berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu boleh didapati di hospital dan farmasi.

"Buat permulaan, kementerian hanya mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi kapsul orang ramai boleh membelinya di farmasi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy.





Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan belum membuat keputusan berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok).

"Anak-anak muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan daun ketum. Ini yang dilarang," katanya.





Beliau berkata pihak kementerian sedang menggubal akta baharu untuk perokok dan hasil produk tembakau yang merangkumi penggunaan e-rokok dan shisha.
Katanya ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.176871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list