Shanghai: Pemain legenda Brazil Ronaldo akan membuka 30 sekolah bolasepak di China menurut Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali itu. Francais akan bertempat di Beijing, Shanghai dan Shenzhen dalam usaha negara Asia itu menjadi kuasa bolasepak bertaraf dunia menurut laporan Xinhua semalam.
Bekas penyerang Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan itu dijangka hadir pada pembukaan sekolah di Beijing November depan. Ronaldo, 39, menjulang Piala Dunia dua kali bersama Brazil.
"Selain faktor perniagaan saya membuka sekolah bolasepak di China disebabkan oleh ramai peminat dan pemain di negara itu. Kerajaan China dan organisasi sivil fokus terhadap pembangunan bolasepak," kata Ronaldo. "Saya harap pendekatan latihan saya membantu meningkatkan bolasepak di China”.- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 4:36 PM
Ronaldo akan buka 30 sekolah bolasepak di Beijing, Shanghai dan Shenzhen.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81028#sthash.J92UwPrm.dpuf
|