Oleh Adib Za
Jika anda merupakan peminat nachos, pasti tidak dapat melupakan keenakan kepingan rangupnya serta sos keju yang melimpah ruah.
Dengan teknik mudah, sos keju nachos boleh disediakan kurang daripada 10 minit! Tidak sukar menyediakannya.
Lebih menarik, sos keju ini, juga boleh dimakan bersama kentang goreng, salad dan sebagainya.
Jom tonton cara membuatnya melalui video di atas. Di bawah ini, merupakan bahan-bahan untuk sos keju ini:
Bahan-bahan:
2 sudu mentega
2 sudu tepung serbaguna
1 cawan susu penuh krim
sedikit garam
sedikit serbuk cili
keju cheddar
(Sumber foto: recipetineats)
|