Oleh Fyruz Hanna
Jika anda pengumpul barangan kayu antik ala Bali atau berminat untuk dengan pelbagai barangan kayu mesti anda bakal suka dengan tips ini.
Seringkali jika anda membuat air kopi atau teh dan diletakkan dimeja kayu anda, airnya akan menitis dan meninggalkan kesan bekas gelas yang susah nak hilang.
Salah satu cara selain menggunakan baking soda, ubat gigi atau cuka adalah dengan pengering rambut anda.
Caranya:
Dengan hanya nyalakan hair dryer di lingkaran bekas terbabit sehingga hilang kesan.
Mudah bukan?
Untuk menjaga kayu lebih baik, oleskan minyak zaitan atau lilin kayu.
Semoga bermanfaat. -CARI Infonet. |