View: 1385|Reply: 0
|
Vitamin C Antioksidan Terbaik
[Copy link]
|
|
Vitamin C – Antioksidan Terbaik
vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah-buahan sitrus untuk meningkatkan imuniti anda terhadap pencemaran dan daya tahan badan. Ianya antioksidan yang melindungi badan dan daya pulih badan. Salah satu kelebihan vitamin C ialah ia dapat meningkatkan penyerapan zat besi.
Pengambilan vitamin C sebagai makanan tambahan adalah digalakkan kerana vitamin ini kadangkala sangat kurang diambil dalam diet makanan anda sehari-hari dan ia juga mudah larut. Maksudnya jika anda meminum segelas jus oren anda akan mendapat vitamin C sebagai makanan tambahan anda tetapi kerana keadaannya yang mudah larut ia tidak akan kekal di dalam badan.
Kekurangan vitamin C secara berterusan juga tidak elok untuk tubuh anda kerana ia akan menjejaskan pertahanan badan. Jika anda tidak mengemari daging sebagai makanan harian atau seorang pengamal sayur-sayuran, anda digalakkan untuk mengambil makanan tambahan dari vitamin C kerana ia akan berfungsi sebagai penyerap zat besi daripada makanan ke dalam darah.
Tip:
Periksa tarikh luput
Jika anda ingin membeli vitamin c sebagai makanan tambahan, periksa dengan teliti tarikh luput dan tarikh pembuatan ubatan supaya tidak melebihi tarikh luput yang disarankan dan jika ianya terlalu hampir dengan tarikh luput adalah tidak digalakkan dibeli.
pesonapengantin
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|