Kepada lelaki di luar, tidak mudah untuk impress teman wanita anda. Kadang-kala apa yang anda pakai, nampak elok di mata tetapi sebaliknya pada si dia. Disebabkan itu, Wanista ingin kongsikan beberapa tips berfesyen lelaki yang sememangnya memikat hati si dia tersayang menurut beberapa selebriti terkenal dunia. #Eva Longoria – Pelakon Foto – www.ohmymag.comApa yang kelihatan baik pada seorang lelaki? Suit. Ia mestilah tailored dan fitted untuk lelaki. Malah, jam tangan juga menjadikan lelaki lebih beketrampilan. Yang tidak elok untuk lelaki? Jangan sesekali memakai terlalu banyak cologne. Tidak suka lelaki memakai baju sejuk kait, menampakkan sisi feminin pada lelaki. Lelaki tidak boleh memakai high waisted jeans/pants, juga menonjolkan imej feminin yang bertentangan dengan lelaki. #Kim Cattrall – Pelakon Foto – hdwallpapersfit.comYang baik untuk lelaki? Scarf. Menambahkan warna untuk gaya konservatif ataupun santai. Haruman. Sesuatu yang halus yang anda ingat. Tidak sesuai? Lelaki memakai sarung kaki putih paras lutut apabila mereka tidak bermain kriket. #Emilia Fox – Pelakon Foto – www.london24.comYang elok untuk lelaki? Saya sukakan lelaki memakai suit. Suit yang ditempah khas untuk mereka mengikut bentuk badan. Sangat timeless dan elegan! Tidak sesuai? Sandal! Kalau boleh, pakai kasut bertutup. #Ellie Goulding – Penyanyi Foto – hdcoolwallpapers.comPositif? Hitam. Rona hitam sesuai dengan apa jua fesyen yang dipakai, walaupun hanya sehelai t-shirt kosong rona hitam. Negatif? Jangan sesekali memakai tracksuit, melainkan anda sedang bersukan. #Sarah Ann Macklin – Model Foto – www.tatler.comPositif? Sudah tentu senyuman! Lebih-lebih lagi dengan barisan gigi yang tersusun. Senyuman manis sungguh memikat! Negatif? Seluar kulit dan ugg boots, sama sekali tidak. #Lena Headey – Pelakon Foto – www.bing.comSesuai? Humor dan keyakinan. Itu sangat penting! Sepasang tuxedo ketika majlis rasmi cukup elegan. Tidak sesuai? Lelaki memakai seluar terlalu ketat walaupun hanyalah jeans. #Joan Collins – Pelakon, Penulis Foto – www.huffingtonpost.co.ukYang sesuai? Seorang lelaki memakai suit bersama shirt yang bersesuai dengan tali leher dan kasut berkilat. Kalau jeans pula dipadankan bersama open-necked shirt, jaket kulit dan loafers. Tidak untuk lelaki? Lelaki dengan barang kemas yang terlalu banyak sangat menyakitkan mata. Menunjukkanunderwear juga a big no no! #Carla Bruni – Penyanyi, Model Foto – www.huffingtonpost.comYang baik untuk lelaki? Suit rona gelap, cukup sempurna! Seluar jeans. Kemeja putih. Topi juga cukup bergaya. Tidak sesuai untuk lelaki? Bow ties, melainkan ada majlis rasmi dengan tema sedemikian itu. Kemeja dengan lengan pendek, sangat merimaskan. #Catherine Hayward – Pengarah Fesyen Esquire Foto – www.catherinehaywardstyle.comSesuai? Knit chunky sweater rona navy ataupun neutral cream dengan t-shirt putih dan selaur jeans gelap. Saya juga sukakan lelaki memakai baseball t-shirt, emphasises a strong shoulder. Tidak sesuai sama sekali? Baju sejuk potongan V-neck. Juga kasut murah dengan pointed toe. #Dame Vivienne Westwood – Designer Foto – www.telegraph.co.ukBaik untuk lelaki? Saya sukakan lelaki berambut panjang. Tidak baik untuk lelaki? Tatu, ada sesetengah memilih imej yang tidak membawa makna langsung. Apapun yang anda pakai asalkan anda selesa dan sedap mata memandang untuk tersayang, itu sudah memadai.Stay positive! wanista
|