Bila bercakap pasal daging, apa sahaja yang tak sedap tentang daging? Semua jenis masakan yang menggunakan daging, tidak kisahlah sama ada sebagai bahan utama atau sekadar penambah perisa. Rasanya pasti menangkap deria rasa anda! Seluruh pelusuk negara mempunyai hidangan istimewa mereka yang menggunakan daging. Tak payah cerita luar negara, dalam negara! Malaysia kita ini sahaja pun sudah cukup memadai, dengan daging masak lomak cili api, daging masak lada hitam, kari daging meletop! Fuhhh tak tahan! Tetapi, warga pembaca sekalian, tahukah anda bahawa daging merupakan sejenis makanan pembawa kanser? Baru-baru ini, menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh SAYS.com, secara rasminya telah disahkan oleh badan berkuasa Organisasi Kesihatan Dunia, World Health Organisation’s International Agency for Research on Cancer (IARC) berhubung pengumuman yang merujuk kepada kenyataan bahawa memakan daging yang telah diproses boleh meningkatkan risiko kehadiran kanser. Daging yang diproses seperti kepingan bakon, sosej, dan hot dogs adalah punca utama kanser usus besar dalam kalangan manusia. Manakala, daging merah juga merupakan faktor tercetusnya penyakit pembunuh nombor satu berkenaan. Pakar dari Organisai Kesihatan Dunia mengatakan, ini merupakan tamparan hebat untuk indusitri daging global. Analisis 800 kajian dari seluruh dunia oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) mendapati “bukti yang cukup pada manusia bahawa pemakanan daging diproses menyebabkan kanser kolorektal”. Ya, pasti ramai penggemar daging sedang mengila tatkala membaca artikel ini. Sebenarnya tiada apa yang harus anda gusarkan, sebaliknya, ia tidaklah seburuk yang anda sangkakan. Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) masih lagi berusaha untuk memberi maklumat lengkap yang secukupnya kepada masyarakat agar mereka boleh memahami dengan baik tentang perkhabaran yang mengejutkan ini. Foto -ZestousDaging proses adalah sejenis daging yang telah diubah daripada keadaan semula jadinya. Ia telah dibaik pulih, baik disuntik, diletak ubat, diasap, ditambah garam atau bahan pengawet agar kadar ketahanan daging berkenaan lebih tahan lama. Dengan hanya meletakan daging di dalam mesin pencincang langsung tidak dikira sebagai “daging proses”. Daging proses merangkumi bakon, hot dogs, salami, beef jerkey dan corned beef termasuk daging dalam tin serta sos berasaskan daging. Foto -IBTimesDisyaki bahan kimia karsinogen boleh membentuk semasa pemprosesan daging. Ini termasuklah sebatian N-nitroso dan hidrokarbon aromatik polisiklik. Memasak daging pada kadar suhu yang tinggi, terutamanya membakar atau menyalai daging di atas bara barbeku juga boleh menghasilkan bahan kimia berbahaya yang membawa kepada kanser. Foto -BBCUntuk pengetahuan anda, risiko pemakan daging untuk menghidap kanser adalah terlalu kecil. Laporan itu juga tidak mengenal pasti jika terdapat tahap yang selamat daging untuk dimakan. Kebanyakan penemuan IARC memberitahu bahawa terdapat risiko kanser yang berkaitan dengan pemakanan sumber daging yang diproses. Ini merupakan sesuatu yang penyelidik telah syaki dalam masa terdekat. Kumpulan 1 Karsinogen mengandungi senarai punca yang berpotensi penyebab kanser, termasuk perkara-perkara yang agak mustahil untuk dielakkan seperti pendedahan matahari, asap, dan pencemaran udara. Foto -VoxWalaupun minuman beralkohol juga disenaraikan dalam Kumpulan 1 berkenaan dimana telah dikaitkan dengan kanser kepala dan leher, kanser esofagus, kanser payudara, dan banyak lagi. Mereka yang minum lebih daripada tiga minuman keras sehari bisa menyumbang kepada peningkatan ketara risiko kanser. Foto -TheVergeJelas diperdebatkan, merokok mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser berbanding memakan daging proses. Di Amerika Syarikat khususnya, memakan hot dog setiap hari bisa meningkatkan sehingga 5.3 peratus risiko menghidap kanser. Sementara merokok pula meningkatkan risiko kanser sebanyak 17.2 peratus. Ternyata merokok lebih berbahaya berbanding pengambilan hot dog sehari-hari. Foto -Cancer Research UKDaging merah yang dikategori sebagai daging sendi seperti daging kambing, daging khinzir, daging lembu, daging anak lembu tergolong dalam kategori kumpula 2A Karsinogen iaitu “terdapat bukti kukuh bahawa ia boleh menyebabkan kanser pada manusia, tetapi pada masa ini ia belum muktamad.” Foto -JonThornersWalau bagaimana, jika seseorang mengurangkan pengambilan daging proses sekali pun, ia tidak akan menjamin penghindaran risiko untuk menghidap kanser. Terdapat banyak lagi cara lain yang dapat mengurangkan risiko kanser kolorektal. Foto -Cancer Research UKRamai pakar mengesyorkan anda untuk mengurangkan pengambilan daging merah dan daging proses, bukan untuk menghindarkan pemakanan makanan berkenaan 100 peratus. Ayam, ayam belanda dan ikan merupakan makanan gantian kepada sumber daging disamping menambah kandungan serat dalam badan dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Foto -GizmodoCasey Dunlop, seorang pegawai maklumat kesihatan di Penyelidikan Kanser UK menasihatkan stabilkan bahagian makanan anda dengan pengambilan sayur-sayuran bagi setiap hidangan. Dengan cara itu, anda mengurangkan pemakanan daging merah dan daging proses secara perlahan seterusnya memberi manfaat kesihatan yang positif kepada tubuh anda sendiri. Walau bagaimanapun, daging merah adalah sumber baik yang mengandungi zat besi, jadi masih terdapat beberapa sebab penting untuk anda tetap menghindangkan makanan ini di atas pinggan makan malam anda. wanista
|