|
Agar mata terlihat menggoda dan menawan, jangan lupa aplikasi penggaris mata. Bukan saja sempurnakan solekan, malah mampu menonjolkan kecantikan wanita. Jom, kita rujuk tip aplikasi penggaris mata mengikut bentuk mata...
1. Mata jenis bulat
Golongan ini memiliki ukuran mata yang besar dan lebar. Agar mata tampak lebih menggoda, gunakan penggaris mata dengan ketebalan sederhana pada bahagian atas dan di bawah kelopak mata.
2. Mata jenis kecil
Cara untuk mengetahui anda memiliki mata yang kecil adalah membandingkannya dengan hidung dan mulut. Jarak antara bulu mata dan tulang alis cukup dekat juga merupakan cara untuk mengetahui anda memiliki ukuran mata yang kecil. Bagi mendapatkan ilusi mata yang besar, gunakan penggaris mata warna putih di bahagian dalam mata bawah. Di bahagian luar pula gunakan warna hitam atau coklat.
3. Mata besar
Jika anda kategori mata besar, bersyukurlah! Anda bebas bereksperimen dengan pelbagai teknik solekan mata. Agar mata terlihat menawan, gunakan penggaris mata untuk solekan cat eye.
4. Mata macam biji almond
Bentuk mata ini seperti bentuk kacang almond, bahagian sudut mata luar sedikit melengkung ke atas. Agar kelihatan lebih menonjol, gunakan penggaris mata di sepanjang garis bulu mata bahagian atas dan bawah. Untuk mata berukuran kecil, cukup sekadar membuat garis tipis, sementara jika ukuran mata sedikit besar, buat garis yang lebih tebal.
5. Mata jenis tenggelam (Deep eye)
Bentuk mata deep set eye dikatakan sangat seksi. Pandangan mata tampak redup dan menggoda. Namun ketika merias mata, anda mesti berhati-hati, Jika tersilap teknik anda tampak seperti orang sakit. Hindari membuat garis dengan warna-warna gelap dan cukup dengan garis tipis pada bahagian garis bulu mata bawah.
6. Mata menonjol atau tersembul
Bentuk mata ini sedikit menonjol keluar dari rongga mata, dengan kata lain anda memiliki kelopak yang akan terlihat. Untuk ilusi kelopak yang lebih kecil, gunakan penggaris mata yang tebal di bahagian atas garis bulu mata. Bentukkan garis dari sudut dalam menuju luar, teknik ini sesuai dengan besar mata.
mingguanwanita
|
|