View: 2039|Reply: 1
|
Pencapaian cukup membanggakan
[Copy link]
|
|
Pencapaian cukup membanggakan
KEJAYAAN Negeri Sembilan menjuarai Piala Emas Raja-Raja 2015 pencapaian membanggakan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan (PBMNS), Datuk Mustapha Abdul Hamid berkata, kemenangan itu membuktikan Negeri Sembilan berada di landasan betul dalam menghadapi persaingan kejohanan itu.
“Kita memang buat persediaan rapi kali ini untuk mencapai hasrat tersebut. Sebelum ini kekangan kewangan jadi antara penghalang sehingga memberi kesan kepada pasukan kita. Dengan kemenangan ini, saya harap kita akan menerima lebih perhatian dan peruntukan serta sokongan lebih baik lagi,” katanya.
Pada perlawanan akhir di Stadium Tuanku Syed Putra di Perlis, Jumaat lalu, Negeri Sembilan menang 2-1 sekali gus membolehkan Sang Rusa membawa pulang piala pusingan dan RM40,000.
Mustapha menyifatkan kemenangan itu adalah berkat usaha dan semangat kental pemain.
“Saya harap kita dapat kekalkan pemain sedia ada untuk kejohanan musim depan. Pasukan kini sedang menyertai Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Negeri Sembilan anjuran Persatua Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS),” katanya.
Mengenai hadiah kemenangan RM40,000 itu, beliau berkata ia akan dibahagikan sama rata antara pemain.
http://www.sinarharian.com.my/su ... mbanggakan-1.466254
|
|
|
|
|
|
|
|
rilex2, Piala Emas Raja-Raja ja pon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|