CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 0

Pelajari Teknik Solekan Kening Yang Mampu Merubah Wajah Anda

[Copy link]
Post time 28-12-2015 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Solekan Kening.Nak tahu tentang teknik solekan kening yang mampu merubah wajah anda? Jawapannya ada di sini!
Salah satu kepentingan dalam menyerikan solekan wajah anda adalah solekan kening. Kening juga memainkan peranan penting yang perlu dititikberatkan. Setiap orang mempunyai bentuk kening yang berbeza-beza dan mempunyai bentuk kening tidak sama dengan yang sebelah.
Untuk menjadikan solekan lebih sempurna, pastikan solekan kening tersebut betul dan anda boleh mengikut langkah-langkah yang telah disediakan dibawah untuk dijadikan panduan.

Antara Teknik Solekan Kening adalah:
1. Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk mengemaskan kening.

2. Gunakan berus kening senget (eyebrow brush) untuk meletak warna yang digemari.

3. Lukiskan garisan kening pada bahagian bawah mengunakkan pensel kening berwarna coklat.

4. Kemudian lukiskan juga garisan kening pada bahagian atas. Gunakan pensel kening berwarna coklat. Pastikan garisan tersebut bertemu di bahagian hujung.

5. Seterusnya warnakan dengan layangkan pensel kening atau berus menggunakan pembayang mata berwarna coklat gelap didalam kawasan bergaris dan ratakan keseluruhan bahagian kening sehingga ke hujung kening.

6. Lakukan perkara sama pada bahagian sebelah lagi. Pastikan kedua-dua kening dilukis dengan bentuk yang sama.

7. Sapukan dengan berhati-hati bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil tebal. Kita hanya memerlukan hujung yang tajam bagi memberikan hasil yang cantik.

Antara Tips Penting Solekan Kening adalah:
  • Pastikan kening anda sudah dikemaskan terlebih dahulu dengan menyikat kening menggunakan berus kening.
  • Kenal pasti titik mula dan titik akhir kening. Gunakan berus yang berbentuk serong hujungnya, supaya senang untuk membentuk kening.Untuk kekemasan yang lebih maksimum gunakan “mascara brow”.
  • Gunakan warna coklat gelap atau coklat. Elakkan menggunakan coklat kemerahan. Coklat gelap boleh diperoleh dari eyeshadow ataupun dari pensil kening.

http://www.wom.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.381207 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list