Cara Hilangkan Mengantuk.Apakah anda pernah tertidur di tempat kerja atau masa anda sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk itu tiba-tiba sahaja datang menyerang! Mengantuk merupakan salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang. Meskipun semulajadi, mengantuk pada waktu dan tempat yang tidak sesuai, boleh mengundang masalah ataupun padah. Biasanya masalah mengantuk yang berlebihan ini disebabkan oleh pola tidur yang kurat tepat seperti berjaga lewat malam, terlalu penat dan dihimpit rasa bosan.
Bagi anda yang mempunyai masalah ini, berikut berberapa cara hilangkan mengantuk yang boleh anda praktik: Ini adalah salah satu cara paling efektif dan anda mungkin juga sering melakukannya. Untuk lebih efektif, cubalah cuci muka dengan air sejuk. Anda akan berasa segar dan tidak lagi rasa mengantuk.
Ketika anda menguap, kadar oksiden dalam otak anda berkurangan. Menguap juga merupakan salah satu tanda anda sedang mengantuk. Untuk mengatasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat, kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga.Lakukan berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sehingga anda tidak lagi rasa mengantuk.
Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan dan pastikan anda telah minum banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini akan dapat membuatkan anda segar kembali kerana cecair dalam tubuh anda kembali normal. Cuba minum air perahan lemon, dengan meminumnya anda akan kembali segar.
Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat kafein-nya boleh menstimulasikan otak anda kembali segar. Tapi, jangan minum terlalu banyak ya! Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein, namun ia lebih baik kerna memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.
Ketika anda sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat seketika. Sambil berehat seketika itu, lakukan sedikit senaman pemanasan seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan kepala anda. Jika anda terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer untuk merelaks mata. Anda boleh memejamkan mata sejenak atau melihat pemandangan di luar jendela.
Kudapan sihat boleh meningkatkan energi yang lebih lama. Mengunyah kudapan seperti kacang mentega, yogurt,kacang-kacangan dan buah-buahan segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan kosentrasi bekerja /belajar.
http://www.wom.my
|