Sudah berapa kali anda merubah gaya rambut kerana terpengaruh dengan trend? Dengan gaya bob, warna-warnarainbow yang cukup menyerlah. Begitu juga dengan para selebriti dunia yang dilihat sering kali melakukan eksperimen terhadap gaya rambut mereka, anda yang menjadi, ada juga yang kurang tetapi kita masih meniru. Berikut adalah 10 transformasi terbaik para selebriti sepanjang tahun 2015. Adele Penampilan terbaru Adele tidak hanya menunjukkan tubuhnya yang kelihatan jauh lebih langsing, malahan baru-baru ini Adele debut dengan gaya rambut bob yang membuatkan penampilannya lebih segar dan comel. Jennifer Lawrence Daripada rambut panjang, Jennifer Lawrence drastik merubahnya kepada potongan pixie. Kate Middleton Ramai yang sukakan rambut Kate Middleton yang dipotong separa bahu itu, nampak lively sekali. Emma Watson Dari dulu, Emma Watson sentiasa dilihat dengan rambut separa bahu. Baru-baru ini, Emma kelihatan menawan sekali dengan mengubah potongan rambutnya menjadi sangat pendek. Kim Kardashian Walaupun hanya sekejap tetapi Kim tetap menyerlah dan berani dengan warna platinum blonde. Scarlett Johansson Seorang lagi selebriti yang merubah rambut panjang mengurai kepada potongan pixie. Kendall Jenner Kita sudah biasa melihat Kendall Jenner dengan rambut hitam sleek. Bagaimana pula jika Kendall melakukan eksperimen dengan berambut pink? Anne Hathaway Awal tahun, pemenang Oscar mengubah penampilan rambutnya daripada pixie kepada bob. Lupita Nyong’o Ikon fesyen Lupita Nyong’o dilihat tampil berambut panjang yang ditocang tepi. She’s gorgeous as always! wanista
|