CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4299|Reply: 5

Bro, Nak Wanita Pandang Anda, Mudah Aje!

[Copy link]
Post time 20-4-2016 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO








Wanita suka lelaki yang bersih dan wangi. Maka soalan tentang perlukah kaum lelaki melakukan grooming adalah sudah tidak relevan.


Ia memang perlu. Sebagai lelaki yang mahu sentiasa mendapat tempat di hati wanita, kebersihan dan kekemasan perlu diambil kira.


Teliti dan ikuti fakta-fakta penting berikut, wanita pasti terpikat, atau paling tidak menoleh!





Trim bulu hidung
Perkara asas ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadangkala sampaikan bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Hari ini, sudah banyak syarikat kecantikan mengeluarkan peralatan berbentuk pengetip pelbagai guna.


Percayalah bahawa alat ini memang berguna tanpa ramai yang menyedari. Buanglah bulu hidung yang sudah terjulur itu.



Kemas bulu kening berselerak
Bukan bertujuan untuk membentuk tetapi mengemas bulu-bulu kening yang tumbuh berselerak. Mengamalkan menyikat bulu kening setiap hari mampu membantu bulu kening kemas dan tersusun.




Potong kuku pendek dan bersih
Jangan biarkan kuku anda panjang dan kotor kerana ia menampakkan personaliti anda. Sesekali tidak salah kunjungi pusat penjagaan jari dan kuku untuk membantu kuku anda tumbuh dengan sihat dan berkilat. Hanya mereka yang pakar merawat kuku rosak atau patah.







Berus dan flos gigi setiap hari
Tidak kisahlah jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Kebersihan gigi bukan sekadar memberus tetapi perlu flos untuk menanggalkan plak-plak dan makanan yang melekat di celah gigi.




Berdiri tegak
Postur badan sangat penting untuk menunjukkan personaliti diri. Berjalan dengan tegak membuatkan anda kelihatan yakin dan gagah di hadapan wanita.




Minyak wangi
Tidak mengapa jika anda bukan penggemar minyak wangi. Sekurang-kurangnya, haruman perlu ada pada diri anda walaupun sekadar deodoran, bedak, cologne mahupun losen.





Padanan tali pinggang dan kasut
Ramai yang kurang arif tentang hal yang mudah ini. Dek masalah ini yang menyebabkan anda menjadi bahan bualan wanita. Jika anda memakai kasut hitam, elak memakai tali pinggang coklat. Permainan warna membantu anda menjadi lebih baik dalam berfesyen.




Secara kesimpulan, kadangkala kita lupa akan perkara asas seperti ini penting untuk penampilan dan kesihatan diri. Sudah memakai pakaian mahal dan berjenama, jalan bergaya, duduk stail macho, tetapi nafas bukan main berbau dan bulu hidung terkeluar berlumba-lumba.


Kalau macam itu kesnya, bukan sahaja wanita malah lelaki turut akan menoleh dan kemudian cabut selaju-lajunya!- CARI Infonet





sumber info: www.lelakisihat.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 06:00 PM | Show all posts
berus gigi ok nak floss x reti... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berdiri tegak tu ai setuju.dulu ada guy ni minat ai tapi turn off sbb body posture dia agak bongkok.bila berborak je nmpak tak confident n plus agak susah dlm decision making.asik nak mengeluh je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 11:29 AM | Show all posts
info yang berguna
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 09:30 AM | Show all posts
info yg berguna
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kuku pink hensem
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.602810 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list