Oleh Izzah Abbasy
Siapa yang lahir pada zaman 90an pasti dapat kecapi kenangan raya yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Bahkan zaman 80an dan 90an mempunyai banyak nostalgia yang tidak mungkin dirasai oleh budak-budak zaman sekarang. Rugi juga rasanya jika tak diperturunkan kepada mereka.
Mengimbau kembali zaman raya masa kanak-kanak dulu, setiap kali nak raya pasti kita akan sibuk ikut mak ayah beli baju dan selipar baru. Bermain bunga api dan mercun pasti tak lupa. Belum lagi dengar keriuhan nak ke masjid untuk tunaikan solat tarawih. Bising habis sepanjang jalan ke masjid. Kini, selfie tak habis-habis. Betul tak?
Sungguh meriah raya zaman dulu-dulu. Namun itu semua pasti tinggal kenangan.
Nak kongsikan kepada anda beberapa gambar menarik yang membezakan di antara raya dulu dan raya sekarang. Jelas perbezaannya. - CARI Infonet
Kredit Foto : imuslimshop.com |